Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Friday, February 22, 2008

Research (Balik rumah meronggeng..) Meeting

Aku kat rumah JB skarang ni. Syok dapat balik. Alkisahnye aku ada meeting kat UTM ni. Tapi sehari seblom aku balik, meeting tu yang sepatutnye buat hari ni kensel plak. Tiket flight dah beli. So aku balik ni pree2 je la.

Semalam rumah aku buat yasinan. Taman perumahan aku ni memang aktif. Tak silap aku setiap dua minggu mesti ada aktiviti ni. Buat dari rumah ke rumah. Kebetulan minggu ni rumah aku. Pandai betul bapak aku pilih tarikh. Ngam2 time aku balik camni. Nak suruh aku tolong masak2 la tu. Hehe.. Mak aku macam biasa mesti serabut pikir nak masak apa. Susah betul laa mak aku ni. Aku kata bagi makan yang simple2 je la. Kalau tak nak masak order pon senang. Tapi still serabut gak. Last2 settle, menu malam yasinan tu mihun soto lengkap ngan segala benda remeh temehnye tu, dua jenis kuih buah melaka ngan samosa n dua jenis buah - tembikai n oren. Air plak teh panas je. Sonang.

Memang kerahan tenaga betul. Mak aku tak abis2 risau takut tak cukup la n bla bla bla. Aku cakap ok what masak sikit2. Bukannye nak bagi orang2 tu kenyang. Jamah je. Nak kenyang2 makan kat umah. DUSS!! Kena aku sebijik. Lecture panjang lebar dah mak aku. Kalau nak bagi orang makan tu biar ikhlas. Biar cukup. Biar diorang puas hati. Aku terkedu je kat tepi tu. Huhuhu..

Bila dah siap masak2 tu aku ditugaskan pi beli buah. Aku pun menonong je pi Jusco. Rimas aku coz si ika kembong dok melekat kat aku. Mana aku pegi mesti nak ikut. Heii.. Sampai kat Jusco aku jadik saspen bila tengok tembikai. Aku ni tak penah beli tembikai sendiri camni. So tak tau nak pilih. Hahaha.. Memang bengap tahap gaban. Untuk makan sendiri takpelaa, boleh je aku belasah beli yang mana2. Tapi ni nak bagi orang makan. Takkanlaa nak pilih sembarangan je. Si ika dok ngajo aku camne nak pilih. Aku tak puas hati aku call aida. Aida pon cakap benda yang sama. Hahaha.. Memang kakak dol aku ni. Ika dah buat muka - "TU LA TAK NAK CAYA CAKAP ORANG!!"

Aku sampai rumah, yasinan dah start. Dari luar aku tengok macam tak ramai. Aku terus pusing ikut belakang masuk ikut dapur. Kat dapur aku mulakan operasi memotong tembikai. Sekali isinya pucat daaa. Mak aku sengih2 n buat muka 'NGOKnye ko ni'. Aku sengih je balik. Hehehe.. Ampun mak. Anakmu ini memang ngokngek sket. Tapi bila makan, rasanya manis la plak. Oho.. Don't judge the taste by it's color. Hahaha.. Aku buat muka balik kat mak aku. Mak aku jeling je. Hehehe.. Lepas abis tahlil, it's time for makan. Aku kira tak sampai la 20 orang yang datang. Sikit gak berbanding dengan 45 family yang ada kat fasa 3 pulai utama ni. Mak aku kata syukurla. Kira dah cukup bagus la ni. Ada rumah lain tak sampai 5 orang pon yang datang. Tu lagi kesian. Kok melampau sangat orang2 lain yang malas nak datang tu. Budak2 kecik tahap skolah rendah ramai gak yang datang ikut bapak masing2. Sonot gak tengok diorang ni kuat makan. Mana yang lebih2 tu aku suruh tapau bawak balik je. Kesimpulannya walaupon ada lebih makanan malam tu tak waste pon. Lagipon soto ni feberet aku. Kalau tak abis aku bley tolong perabihkan.

Hari ni aku tak tau nak buat apa. Nak meronggeng malas. Panas ya amat kat luar tu. Sakit kepala aku. Tak macam kat KK yang hujan memanjang sejak CNY aritu. Giant pulai utama pon dah bukak. Nak jalan kaki pon boleh dari rumah ni. Tapi takde keinginan plak nak pegi. Mentang2 dekat kan. Rasa cam bila2 je boleh pegi. Tapi kalau mak aku suruh pegi giant pegi barang aku rela melencong ke Jusco. Hahaha....

Tuesday, February 19, 2008

RCCST07 Lunch

Tengahari tadi aku n colleagues pi mengabiskan duit RCCST makan2 kat Gayang. Ada duit lebih kan. Baik enjoy. Aku sebenarnye dah lama sangat tak ke Gayang ni. Last skali masa k awa datang dulu. Makan2 ngan Lau n housemate dia which is like almost 2 years ago. Well takde benda yang menarik sebenarnye pasal makan2 ni kecuali makan dengan tekunnya. Apa yang aku nak share kan kat sini is the borak2 session antara aku, k rafidah, lau n jen.

Lepas makan kami berempat borak sakan ler. Nak balik UMS punyela malas. So jen pon mula laa cerita yang 'orang' kat rasa ria tu ikut dia balik. Hhuhu.. Ikut sampai ke SKTM tu. Lepas balik retreat dia singgah SKTM. Dia boleh sense benda tu ada. Aku pon rasa lain macam jek sebab aku pon ada kat SKTM time tu. Nasib baik la aku takde sense pape. Kiranya sixth sense jen lagi kuat laa dari aku. Iskk.. Aku kalau boleh tak nak langsung. Jen bagitau kat SKTM tu pon agak keras jugak. Specially kat area bilik dia dulu. Tu sebab dia pindah bilik ke bilik skarang. Tak tahan benda tu ada. Waduh. Jen pon cerita lagi pasal benda2 ni. Dia bagitau yang kakak dia kata benda2 ni sebenarnye boleh dicapture dengan kamera. Tapi tak nampak secara fizikal. Kalau dalam gambo, dia berbentuk cam buih2 being scattered.

Aku bila dengar jen cakap camtu aku terus saspen. Aku cepat2 keluarkan kamera aku, coz aku macam ada saspek something wrong dalam kebanyakan gambo yang aku amik dalam bilik hotel tu. Terus aku tunjuk ke jen n jen tetiba sengih. Betul la ni. Aku terus menjerit kat situ. Spontan giler. Mesti orang2 yang makan kat situ pon nengok aku. Pehal pompuan ni tetiba moyan cam kena sampuk hantu. Jen kata benda tu cam baru nak pergi. Pastu jen saja je nak usik aku yang siang2 tu aku dah amik gambar dia, so malam2 dia datang nak say hi by hembus2. Hahaha.. Lawak la jen. So skarang aku tau ler the bubbles are 'benda' tu. Next time kalau aku amik gambo n those bubbles appear aku kena paham2 je laa....


Aiyaaarrrkkkkk!!!

Retreat and Being Treated by 'someone'

Weekend baru lepas ni aku n semua IT colleagues join satu retreat kat Rasa Ria Tuaran. Retreat ni lebih kepada perbincangan penstrukturan semula program-program IT dari 3 tahun ke 4 tahun. Kiranya berat jugak la kan nak menstrukturkan balik. Sebelum ni dah pernah buat perbincangan dah. So, kali ni cuma nak touch up sket2 je lagi n mintak pendapat orang industri n academicians luar pasal penstrukturan semula ni. Sambil2 tu relaks2 makan angin. Hehehe..

Asalnye retreat ni berlangsung 3 hari. Tapi due to some problems n tak cukup bajet dipendekkan jadi 2 hari je. So pagi2 sabtu tu baru pi rasa ria. Sampai kat sana kitorang dah dibenarkan check in. Aku pon excited terus ke kaunter. Tengok2 bilik aku masih occupied. Cheh! Tak dapat nak masuk. Terpaksa tunggu tengahari nanti. Masa tunggu2 tu aku dapat tau semua staf dapat sorang satu bilik. Chet!! Mati2 aku ingat seblom ni yang single mingle akan kongsi bilik. Kalau la ku tahu aku dah angkut dah housemate aku datang meronggeng kat sini.




Agenda pertama start around 9.30. Dimulakan dengan pembentangan struktur baru dua2 kursus by Penyelaras program. Dah abis bentang tu ada sesi komen mengomen dari peserta2. Banyak jugak input yang kami dapat. Tu maknanya banyak la jugak keje yang nak dibuat! Tengahari stop kejap untuk lunch. Lunch aku makan sket je. Tengok lauknye semua berlemak bersantan. Kembang tekak aku. Hiyerkkk..

Lepas lunch baru laa aku check in. Orang lain dah tergolek2 atas katil, aku baru nak check in. So berderet la kami - Jen, K Rafidah & Hubby n aku sebelah menyeblah. Berjiran la tu kaedahnye. First time masuk bilik tu aku terus sukak. Dah le besar. Menarik. Ada balcony. Ada sofa n coffee table. Cermin plak keliling buatkan bilik ni nampak besar. Pergghhh.. Yang paling aku suka siap ada iron skali. Aku paling puas hati kalau bilik2 hotel ni ada bagi iron. Tak macam pi indon hari tu. Sakit hati je. So, tak payah laa aku nak calling2 housekeeping. Sonot betul. Seblom buat apa2 aku terus amik gambo setiap sudut bilik ni. Dah jadi habit. Aku memang gile amik gambo. Tengah2 syok amik gambo tu aku rasa something. But aku buat donno. Walaupon tengahari dan kat luar terang benderang aku ada rasa cam seram sket dok dalam bilik tu. Hisyyy..


Lepas lepak kami sambung balik discussion. Kali ni discussions dah ikut program masing2 n mula susun balik subjek2 n jumlah jam kredit. Quite tense jugak. Pening pon ada. Kat luar hujan lebat dah mula mencurah2. Adehh.. Takde chance aku nak mandi laut petang ni. Nak jalan jiwang2 tepi pantai pon tak bley. Sabo je la. Masih dok kenyang makan lunch yang tak seberapa tu time petang2 camni ada makan2 lagi. Kembang la badan aku dua hari dok sini. Mewah dengan makanan. Discussions habes pukul 5 lebih. Nak pi main2 hujan la plak. Lau ajak main snooker tapi kena bayar. Tak jadik dah nak riadah2. Sudahnye aku balik bilik layan tv.


Pukul 8 makan malam. MAAAKAAAAAANNN je kejenye. Malam tu aku makan buah je. Senak perut dah banyak sangat makan. Sementara tunggu k rafidah n hubby siap aku sempat lagi memposing2 kan diri dalam bilik. Takdok koje. Sunyinye. Kan best kalau housemate aku ada skali. Lepas makan malam sambung lagi discussion. Kali ni takde kena mengena ngan penstrukturan program. Lebih kepada hala tuju IT kat SKTM ni. Quite a hot debate. Tapi tak laa saspen sangat. Last skali it is decided that IT will stay married to engineering. Dan yang paling penting no more IT. It dah jadik sains komputer. So jangan ngengada nak panggil2 IT skarang ni ye. Bagus jugak stay kat SKTM. Tak payah nak pikir2 cari pasangan lain. Hehehe.. Discussion abes lebih kurang pukul 9.30. Dah tu takde nak buat apa kami just chit chat kosong buang masa. Ntah benda merepek semua keluar. Very funny. Dah ngam2 nak balik tu ada plak supper. Waduh. Sakit hulu hati aku.....
Rujuk ke cerai?
Dekat pukul 11 aku baru balik bilik. Malam2 camni takde citer best plak nak layan kat tv. Layan internet je la. Laju plak connection rasa ria ni. Apa lagi. Wat dajal download MiGo. Syok betul. Sekejap je dah complete satu episode. Gitu gini, dekat pukul 2 jugak aku tido. Still, cuma tido2 ayam je. Rasa sejuk laa plak. Aku matikan aircond. Pastu matikan lampu. Tetiba rasa panas. Meremang semacam aku. Terus aku melompat dari katil n bukak semua lampu yang ada. Aku berguling2 tak boleh tido. Aku golek ke kiri. Mengadap plak cermin besar kat tepi katil tu. Cilakak betul!! Terasa pantang plak aku cermin banyak2 ni. Aku ni dah ler penakut giler. So aku golek ke kanan pulak. Tak mo tengok cermin tu. Aku pon pejamkan mata. Once aku pejam mata aku rasa something. Terus berderau jantung aku. Aku dapat sense yang bukan aku je yang ada kat dalam bilik tu. Aku terus pejam mata rapat2. Pastu tak semena2 muka aku dihembus. Huwaaaaa... Aku dah tak keruan. Nak bukak mata memang tak berani. Aku cuba buat bodoh je. Mula2 kena hembus sekali. Slow n panjang. Pastu dua kali plak. Huuhuhu.. Dah pikir macam2 dah. Nak kata aircond kuat sangat sumpah aku dah matikan aircond tu. Memang tak bley jadik. Ntah camne tetiba aku bley cakap "Ko pegi la jauh2 jangan kacau aku.." Pergghh.. Konon berani la tu. Hahaha.. Macam2 doa aku baca dengan mata terpejam. Maintain tak bukak mata. Takut nampak yang bukan2 nanti. Tak lama tu hembus2 tu pon hilang. Lega aku. Ntah bilanya aku tido pon aku tak sedar.......... Isyyy.. Aku yang dok menaip ni pon dah meremang.

Besok paginye, bila aku sedar je aku terus terjun ke depan sofa n bukak langsir. Hahaha.. Penakut giler! Mandi pon macam kambing. Coz aku rasa lain macam dalam toilet tu. Memang tak keruan. Terus teringat kisah malam tadi. Konpius betul aku pagi2 ni. Malam tadi tu ntah perasaan aku je ataupon memang benar2 kejadian. Betul2 or sekadar COBAAAANNNNN? Cepat2 aku bersiap n terus pi bekfes. Time bekfes aku cerita ngan K Rafidah pasal malam tadi. Dia gerun2 gak tapi bley buat lawak lagi bilik dia ada dinosaur masuk. Siott je. Sakit perut aku gelak. Aku anggap benda ni mungkin khayalan aku je. Takde pape la kot kan. Lepas bekfes kami sambung balik pasal penstrukturan tu. Kali ni buat sinopsis n sediakan reference bagi setiap subjek. Dengan kod2 skali. Banyak jugakla keje. Tapi aku dok tepi main2 je disebabkan laptop aku K Rafidah pakai. Bagus jugak aku relaks2. Sempat main BINGO ngan Lau. Dah takde keje kan. Dah bekfes ada lagi minum pagi. Walawei. Memang takde orang sentuh pon makanan yang dihidang.


Then it's lunch time. Hahahahaa.. Tak makan deh aku. Dok lepak2 je. Aku dok semeja ngan K Rafidah & hubby, Lau, Jen, Hanafi, Chong n sape lagi ntah. Tak ingat plak aku. Then jen bukak cerita yang malam tadi ada 'orang' datang melawat dia. Aku ngan k rafidah terus tergamam. Jen kata 'orang' tu hembus2 dia. Semakin cuak aku. Hahaha.. So malam tadi AKU TAK NGIGAU!! Betul la tu aku pon encounter benda yang sama. Yang bestnye Jen pon kena around 1 lebih. Aduh.. Yang lain kat meja makan tu terdiam jek. Tak terkata apa. Cerita Jen sama ngan cerita aku. How come ha?? Mula2 benda tu datang tempat Jen. Pastu lalu bilik K Rafidah, tapi tak jadik masuk coz ada dinosaur. Hahaha.. N then singgah bilik aku. Waduh. Tak tercapai dek akalku!! Dah tu sepanjang lunch asyik citer pasal makhluk ni je. Masing2 ada pengalaman masing2. Dah jadik sesi seram menyeram plak. Isk meremang aku...

Lepas lunch, it's time to check out. Aku dah saspen nak balik semula ke bilik. Aku takut sampai2 je bilik tengok barang aku semua dah dikemas. WAAWKAHWAKHAAWAW.. You asked for it? Dapat karang, padan muka. Sampai2 je tengok semua macam biasa. Takde yang dikemas. Hahaha. Lega. Aku bukak tv sekuat2 tidak. Bukak langsir luas2. Bukak pintu beranda lagi. Biar terang benderang tempat ni. But still, masih rasa tense lagi. Lantak laa. Aku tak kacau ko. Ko jangan la kacau aku ek. Kelam kabut aku kemas. Bila dah agak2 semua siap terus aku pecut keluar. Hahaha.. Kartun la aku ni. Siang2 pon takut. Bye-bye bilik. Aku takkan datang lagi sorang2 ke sini.

Petang tu aku ingat nak relaks2 kat rumah tapi ada janji plak dengan final PPLK students. Ku gagahkan kaki ke SKTM plak. Jangan 'benda' tu ikut aku sudah. GULP!!!...

Saturday, February 9, 2008

Cuti Panjang..

Seronok betul cuti2 camni. Boleh dok relaks2 kat rumah. Tak yah nak ngadap muka2 student. Nak2 stud PLUMS pon tak nak kelas. Memang happy banget. Dapat aku tengok melodi weekend ni. Haha.. Sepanjang cuti ni aku wat spring cleaning. Hehe.. Memang mengemas n mencuci habis2an le. Penat betul. Cam nyesal plak dok umah besar2 camni. Banyak tempat nak dikemas. Housemates aku plak takde. Neny ntah hilang ke mana cuti2 ni. Nadia balik sandakan. Zyka plak tak balik2 umah sini sejak bapak dia bercuti kat KK ni. Aku je laa sorang2 tercongok kat umah. Siang2 takpe. Kalau malam2 tu ada gerun sikit.

Lepas kemas lepak2 layan tv. Pastu layan CD. Pastu tido. Pastu makan. Pastu layan tv balik. Camtu je la aktiviti aku cuti2 ni. Nak keluar punyela malas. Kat KK ni mana je tempat yang best nak meround. Balik2 tang situ gak. Pastu kena skodeng plak ngan student aku sendiri. Tak best langsung. Pegi mana2 mesti ada yang kenal. Nak buat jahat pon susah. Hahaha..

Dapat call dari bapak aku meeting research yang patutnye buat bulan 3 nanti diawalkan ke bulan ni. So in two weeks aku akan balik JB. Yeeha!! Fully sponsored by research. Sukak aku dapat balik free. Pastu the next week aku ada kursus plak kat UNITEN. Bagus betul. Turun KL dari JB la nanti. Meriahnye hidup.

Oh.. Almost forgot. Hari ni, tahun lepas I cheated death. Bersyukur aku dapat hidup setahun lepas kejadian ngeri tu dan aku berharap umurku masih panjang. Banyak lagi benda yang aku nak buat belum terbuat lagi. Kawin umpamanya. Wakhawakaaa....