Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Monday, January 28, 2008

SKTM's Family Day

Hari ni SKTM buat family day kat Lagoon Park Karambunai. Aktiviti start 7.30. Tapi bisala janji melayu. Aku pon pukul 8.30 baru sampai. Hehehe.. Sampai sana orang pun tak ramai lagi. Konon2 pagi2 ada senam robik. Tengok orang tak ramai terus kensel. Melantak lagi bagus. Pagi tu makan mi goreng. Ada laa beberapa side dishes. Aku plak terajin bawak popia. Malam tadi dok tertonggeng2 buat inti n gulung menggulung. Lega rasanya tengok popia aku laku. Maknanya sedap la tu. Kahkahkah..

So, staf SKTM ni dibagi sama rata 4 kumpulan. Biru muda, biru tua, kuning ngan maroon. Aku kumpulan biru muda. Siap ada tagline lagi. Y-NAH!! Amende laa y-nah tu. Haram aku tak paham. Ni keje si azis la ni. Bahasa2 local camni memang aku fail. So my teammate ramai gak yang dikenali. Tapi semuanya tak bape nak ngam. Tak sekepala gitu. Tengok la nanti whether bleh coorporate atau tak.

Lepas bekfes, start main game. Pagi2 tu ada game bola tampar pantai. Aku pon terjoin skali untuk grup biru muda. Macam kartun aku main. Gasakla. Sape suruh aku main. As a result team kami kalah. Hehehe.. Lepas main bola tampar aku join main selipar gergasi. Sakit2 kaki aku. Dapat no 2. Kira ok la. Lepas tu ada acara hisap botol susu. Aku tak join. Geli je nak nyonyot camtu. Team aku dapat no 3. Last skali main medley beberapa game. Dapat no 3 lagi. Ok sangat2 la tu.

Lepas main game tu dah menganjak ke tengahari. Ada acara cabutan bertuah. Aku nama yang ketiga dipanggil. Memang bertuah betul aku. Dapat la hamper. Tak la besar sangat tapi meriah la. Lepas cabutan bertuah tu, penyampaian hadiah plak untuk game2 tadi. Dapat lagi habuan makanan. Dah tu aku pi join main banana boat. Excited betul. Yang lecehnye tak bley pakai spek. Huhu.. Mana nak nampak camni. Sabo je la. Tengah2 sebok nak naik banana tu nama aku kena panggil untuk cabutan bertuah seterusnye. Hawau betul. Aku dah kat dalam air ni baru nak panggil. Aku dengan sekuat2 hatinye jerit dari jauh mintak wakil amikkan. Siap lambai2 lagi. Lawak giler. Ntah ke mana aku lambai. Bukannye nampak pon aku lambai kat sape. Gasakla. Janji aku dapat naik banana boat ni.

Aku dok depan skali. Memang challenging betul. Coz aku laa orang yang first skali kena air kalau terpantul2 kat mana2. Habis basah kuyup. Air siap masuk mulut, hidung. Masin plak tu. Nak tergolek pon ada. Terpelanting2 aku. Memang sonot la. Bila aku naik ke darat nasib baik cabutan kali kedua tu diorang simpankan hamper aku. Suka banget aku. Macey pada tangan2 yang menarik keluar nama aku. ^__^


aku yang bertuah..

Then it's makan time! Lauk dia tak bape best sangat. Tapi sebab dah basah kuyup perut naik lapar. Bedal je. Yang tak sedap pon jadi sedap. Aku balik rumah around pukul 2 dengan terlupanya nak bawak balik tupperware popia aku. Haru!