Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Friday, December 28, 2007

Kesimpulannya..

  1. Pengembaraan Medan - Danau Toba - Berastagi ni memang pengembaraan yang aku tak bleh lupakan sepanjang hidup aku. 4 orang anak dara, beli tiket free air asia cuma bayar RM170 pegi balik untuk tax, pengembaraan yang gamble, sampai Medan baru cari hotel, transport and arah tuju nak ke mana, tak pakai travel agent, tourist guide and so on. BERANINYA KAMI? No, sekurang2nya, BERANINYA AKU? Lepas balik JB baru aku cerita kat mak. Punyalaa dia membebel. Hehehe.. Macam-macam perasaan ada sepanjang trip kami ni, rasa happy, sedih, takut, marah, sakit hati, dan yang sewaktu dengannya. Overall, satu pengalaman yang manis la. Dan pahit, dan.. Arghh.. Semuanya ada lah
  2. Berapa aku spent untuk hotel, transport, shopping and so on sepanjang kat 3 tempat ni for 6 days and 5 nights? Tambah tolak semuanya around RPI 2,700,000. That is around RM1K. Quite cheap huh?
  3. It is advisable to bawak travelling iron bagi sape yang nak sentiasa nampak kemas especially tudung kan. Kalau aku, tudung hampeh, mood sepanjang hari tu pon ikut hampeh.
  4. Kalau nak beli barang make sure mintak less gila2 punya less. Ni tips lah. Sebab kalau tawar sikit2 nanti dia kata ok kita kena beli jugak. Kalau tak, kena kejar. So make sure tawar serendah yang mungkin. Lets say harga barang tu RPI 20,000. Mintak kurang sampai RPI 5,000. Hehehe.. Kalau dia kata ok kita amik la kan. Kalau dia kata tak ok, tak payah beli. Paling koman pun boleh dapat half price. Banyak dah untung kat situ.
  5. Nak datang lagi? Of course. Tapi tunggu la dulu. Banyak tempat2 lain yang menanti. ^__^

Wednesday, December 26, 2007

Day 6: Medan to KL to JB: Pajak Ikan, Masjid Raya Medan, Istana Maimun

Pagi ni rasa best sekali sebab duduk hotel yang berpadanan dengan harganye. Hehe.. Bila ditanya housekeeping ada iron ke tak, jawabnya "ADA!". Memang bersorakan aku kat situ. At last. Hari dah nak balik baru jumpa iron. Breakfast pagi tu pun sedap. Banyak makanan yang terhidang menanti kedatangan kami. Nasib baik penutup kepada perjalanan kami ni agak seronok. Kalau tak, sampai ke Malaysia nanti jadi bahan sumpahan. Hehehe..

Pagi ni jugak kami check out siap. Sebab nak berjalan lagi kan. Just tumpang letak beg je dikaunter. Hari ni just ronda2 dekat2 sini ja. Tak pegi jauh2 pun. Paling jauh pun kami ke Medan Mal dan Pasar Pusat. Nothing much there. Pasar Pusat aku tengok cam Pasar Larkin je. Orang kata banyak barang murah kat sini, tapi barang2nya bukan jenis yang aku nak cari. Just cuci mata je lah.

After that kami ke Pajak Ikan. Aku tak tau kenapa namanya Pajak Ikan sedangkan yang dijual di situ semua pakaian. Mungkin dulu2 tempat tu pasar ikan kot. Diubah suai jadik arked jual2 baju. Orang pun kata baju2 sampai ke telekung kat sini murah. Tapi tak murah pun. Murah lagi beli kat kedai Jawa Berastagi tu. Hehe..

Tuesday, December 25, 2007

Day 5: Berastagi to Medan: Pekan Berastagi, Festival Budaya Islam, Konsert Radja

Hari ni Christmas day. Tapi tak terasa pun kat Berastagi ni. Mungkin sebab kebanyakannya orang Islam. Hari ni kami bertolak balik ke Medan. Tamat dah dua malam kami di Danau Toba dan dua malam di Berastagi. Tinggal malam ni je di Medan dan besok kami balik semula ke Malaysia. Yey! Tak sabo nak balik pun ada.

Kami deal transport ke Medan dengan tuan Losmen tu je. Teksi akan datang jemput di losmen ni. Sementara tunggu tu kami sempat lagi merewang jalan2. Pagi ni brekfas makan soto + nasi putih. Sedap gak Soto orang Indonesia ni. Lain dari soto Malaysia. Total cost RPI 60,000. Then, aku dan K Awa bawak Ani n Nott pi kedai Jawa semalam. Murah betul rezeki diorang hari ni. Nott n Ani belanja sakan. Aku beli keychain, kalendar batak n beberapa t-shirt je which costs up to RPI 200,000. Malas nak beli pape lagi dah. Tunggu kalau ada benda2 menarik kat Medan nanti, boleh la beli.


Kedai Jawa tu..

Monday, December 24, 2007

Day 4: Berastagi: Mount Sibayak

Pagi2 lagi dah kemas barang. Pegi breakfast dulu, balik bilik ambik beg terus check out. Tak kuasa nak dok Berastagi Cottage ni lama2. Semakin sakit hati nanti jadinya. Kami ke restoran Berastagi Cottage ni untuk breakfast. Sunyi sesunyi2nya. Macam takde orang je. Tengok takde makanan pun terbentang atas mana2 meja. Konpius aku. Kami terus duduk kat meja. Waiter datang tanya nak makan apa. Pagi tu cuma ada Nasi Goreng dan Toast & spread. WHAT? Astaga..Hotel bayar mahal2 makanan tu je yang disediakan pagi2 ni? MasyaAllah. Memang kaw2 la aku n geng mengutuk, menyumpah. Muka masing2 sebek giler. Memang hot sehot2nya. Bayaran hotel tak setimpal dengan apa yang disediakan. Sakitnya hati.

Lepas makan tu, cepat2 kami ke bilik ambik barang and terus keluar. On the way nak ke recept, bertembung ngan mamat semalam tu. Sempat lagi dia sengih kat kitorang n kata "Ngak iron pun ngak papa kan. Udah kemas kok tudungnya" HUH!! Sempat lagi dia? Tak nampak muka kami yang hangit ni? Membara betul aku. Tak pandang pun muka dia pastu. Terus je berjalan ke recept. Kat recept K Awa n Nott main campak je kunci bilik atas kaunter. Tanda PROTES! Lepas ni aku takdelaa nak rekemen kat sape2 pasal Berastagi Cottage ni. Buat sakit hati je.

Naik angkot RPI 8,000 ke pekan Berastagi dan berjalan kami ke Losmen Sibayak. Awal2 pagi dah tercongok kat situ. Harap2 diorang bagi check in awal. Tak pun mintak tumpang letak beg. Kami ada misi besar hari ni. Nak pegi naik gunung berapi - Gunung Sibayak. Kat Berastagi ni ada dua gunung berapi yang aktif. Gunung Sinabung n Gunung Sibayak. Gunung Sinabung kalau nak pergi kena ada guide. Kalau Gunung Sibayak pergi sendiri pun ok. Senang nak ke atas coz jalan memang dah sedia ada. Dua2 gunung berapi ni aktif tapi belum pernah meletus lagi. Jangan la dia meletus time kami kat atas sana. Karang rentung tak balik la kami ke Malaysia. Hehe..

Sunday, December 23, 2007

Day 3: Danau Toba - Berastagi: Bandrek at Simarjarunjung, Istana Raja Simalungun, Air Terjun Sipiso-Piso, Berastagi Cottage

Pagi2 lagi aku dah sibuk berkemas. Kami nak keluar dah dari Samosir ni. Hahaha.. Penat dah menyumpah2 semalam kan. Rasa seronok pulak bila pikir nak keluar ni. Tapi ada jugak rasa sedih sebab lepas ni tak dapat dah nak tengok keindahan alam sekitar dan kecantikan Danau Toba ni. Apa pun, our journey must continue. Pagi tu brekfes pon ala kadar je which costs us RPI 52,000. K-CHING!!

Sementara tunggu feri datang, kami sempat lagi jalan2. Singgah lagi ke kedai souvenir belakang Samosir Cottage ni. Hari ni sorang makcik pulak yang jaga. Aku dari jauh dah nampak t-shirt yang aku beli kat Kursi Batu tu ada dijual kat situ. Makcik ni nampak baik2 so aku pun tanyala harga bape. Dia kata RPI 25,000 je. WHAT?? Mula aku menyumpah lagi. Setan betul. K Awa, Nott n Ani gelak2 je. Dah masing2 kena tipu. Tak bley nak buat apa dah. Souvenir lain2 pun makcik ni bagi murah je compare kat Kursi Batu n Tomok. Geram betul la aku. Tapi dalam geram2 tu beli gak aku. Hehe..



Saturday, December 22, 2007

Day 2: Danau Toba & Samosir Island: Huta Bolon Simanindo, Pangururan, Kursi Batu, Tomok

Pagi2 lepas subuh aku dah merayap keluar. Konon2nya nak tengok sunrise. Hampeh taik kucing. Tak sempat. Subuh pon subuh gajah. Hehe.. Nak mandi pagi2 ni malas coz air dia masyaAllah sejuk macam ais. Pi warm up laa dulu. Jalan2 tepi tasik tengok pemandangan. Memang cantik. Terpegun terkesima terkaku semua ada. Sempat jugak laa aku bergambar sakan walaupon belum mandi. Alah.. Tak masuk deh bau tu dalam gambar. Hehe..

Danau Toba @ Dawn


Friday, December 21, 2007

Day 1: KL to Medan to Danau Toba

Pagi2 ni aku rasa cam tak nak bangun jek. Teruk betul. Padahal dah bantai tido sepanjang jalan dari BP ke KL. Boleh ngantuk lagi. Teksi datang jemput kami kul 6.15 pagi. Aku, k awa, nott n anie pon mula laa perjalanan jauh kami. Hopefully semuanya berjalan dengan lancar nanti. Tapi blom apa2 teksi driver tu dah buat mereng. Dia kata dia tak tau jalan2 around umah nott tu. So mintak nott tunjuk jalan. So nott pon tunjuk laa ke sana ke sini nak pi LCCT. Bila dah jauh tu tetiba teksi driver tu cakap kenapa lalu sini. Dia kata ikut jalan sana lagi dekat. Huk aloh. Hawau ke baghal ke bangang mamat ni? Tadi kata tak tau selok belok area ni. Tapi tetiba kata lalu jalan sana lagi dekat. Huih. Angin je si nott. Sabau je la. Dia pon patah balik n ikut jalan yang dia cakap tu. Ntah pape la. Tadi kata tak tau. Pastu tau plak. Aku tak kose nak layankan. Layan blues lagi best sampai tertido2.

Kat LCCT punyela ramai orang. Sesak bukan main. Berasak2 nak pi scan beg. Nott, k awa n anie backpackers. Bawak satu beg je. Aku ni gatal bawak dua. Satu backpack yang tecit, tak macam diorang n satu sling bag. So ada dua la. Huru hara gak nak check in ni coz nak declare liquid la hapa la. Aku malas nak pikir banyak so terus sumbat je masuk kargo. Nak bawak by hand takut kena tahan la plak. Kat airport sempat lagi aku cucuk duit. For emergency cases. Manalaa tau kan. Takut tetiba short je duit. Kami ni jalan2 dah le gamble. Sampai sana baru nak cari hotel, baru nak cari transport semua. Berani betul buat semua2 ni. Mungkin nak pakai banyak duit. Kenalaa get ready. Sementara nak tunggu tu kami bekfes kat McD. Borak2 sampai terlebih masa boarding. Berlari pi security check semua. Bila sampai kat gate semua orang dah board flight dah. Tinggal kami n bape kerat je orang lagi. Kahakhakha.. Melampau betul lambat. K Awa plak wat lawak tetiba tak jumpa paspot dia. Kehehek.. Nasib baik laa tak kena tinggal flight. Kalau tak sesia je. Tapi yang lawak tu ada dua tiga orang minah indon ni baru sampai gak. Yang ni lagi la. Tak sabo gila nak naik flight dah. Siap potong queue lagik n cuba bukak pintu. Bila ditahan, dia kata kawan dia dah naik. Nanti ketinggalan plak. Punyelaa buat scene kat situ. Nak naik, nak naik jugak!! Adeh.. Sabo je la. Bila pintu bukak je, lari pecut 100 meter diorang kejar flight. Macam kejar bas plak diorang ni. Sempat lagi terdengar staf kat situ membebel. Kalau nak cepat, datang awal sket. Aku sengih je la. Aku n geng jalan lenggang kangkong. Yang minah2 tadi tu dah merempit sampai ke garisan penamat..

Thursday, December 20, 2007

Jalan2 di Aidil Adha

Pagi ni aku angin sket coz tetiba last minit ada keje2 opis nak kena settlekan. Kalau ikutkan memang dari pagi lagi aku nak ngadap laptop wat keje tapi sian plak kat mak aku kan nak masak2 lagi untuk raya ni. Lepas siap masak n makan n kemas2 tu aku terus berlari ngadap laptop. Nak tak nak kena settlekan hari ni gak. No. Kena settlekan seblom tengahari ni. Mak aku plan nak pi umah makcik aku kat ayer manis. Aku nak ikut. Ok gak ke sana coz nyai, yayi aku ada sana. Makcik2 aku yang lain pon ada gak. Semuanya berkumpul coz ada aktiviti korban lembu kat sana.

Aku siap wat keje around kul 1. Nak nangis dah aku. Cepat2 siap n kemas barang. Aku ni suppose to meet k awa kat batu pahat n sama2 naik bas ke KL malam nanti. Bas aku dari Larkin kul 5 petang. No way aku sempat ke sana. Nak patah balik lagi ke JB. Dengan jem lagi. Memang tak dan la. So the plan is that mak aku hantar aku ke BP terus. Kalau dari ayer manis dah dekat dah. Dalam sejam je kalau naik hiway. At least dapat la aku lama2 sket kat umah makcik aku. All the girls pegi. The boys stayed at home. Tengah kelam kabut tu teringat plak dah yang aku blom tukar duit lagi. Adehh.. Terkocoh2 aku pi Jusco tukar duit. RM368 dapat RPI 1,000,000. Perghh.. Cam orang kaya pegang duit juta2. Aku tukar sejuta je dulu. Takut terlebih plak nanti. Dah sampai rumah tu mak aku pon hulur duit rupiah lebih2 dia pi Surabaya aritu. Yey!! Dapat tambahan around RPI 700,000. Okla tu. Manalaa tau kan tetiba je tak cukup. Pegi sana semua dah la gamble. Mesti ongkos yang diperlukan tu banyak. Dalam 2.30 aku sampai umah makcik. Dua2 lembu korban dah berjaya tumbang. Orang2 sebok melapah. Aku dok tepi je layan hani. Semakin ligat si hani ni.

Around 5pm aku n geng bertolak ke BP. Baru je lepas ayer hitam aku dah sangkut plak dalam jem. Adehh.. Memang menakutkan betul. Macam2 cubaan n dugaan betul laa nak pegi berjalan ni. Tadi tetiba jek keje opis datang mencanak2. Ni jem plak. Lepas ni apa laa lagi masalah yang datang. Jam dah pukul 6 lebih dah. Takut tak sempat je sampai BP town. Bila tengok tak gerak2 aku msg k awa. K awa suh aku tunggu kat parit raja jek. Nanti pi sama2 dia ke BP town. Ok gak coz mak aku nanti tak yah laa susah2 ke sana. Lebih stengah jam gak sangkut dalam jem. Rupa2nya ada road block kat depan skolah nun. Cilakak punye polis. Time2 raya orang sebok ke sana sini diorang wat roadblock. Kutip duit raya la tu gamaknye. Aku tunggu k awa kat KFC parit raja. Landmark yang senang kot nak jumpa nanti. Around 10 minutes k awa pon sampai. Lepas say babai kat mak aku, kami pon jalan. Sempat lagi singgah BP Mall seblom ke stesen bas.

Sampai pudu around 11pm. Bas bangang plak tak bagi berenti tepi jalan kat tol sungai besi tu. Kalau tak senang je si Nott kawan k awa nak amik kitorang nanti. Nak tak nak terpaksa melajakkan diri ke pudu. Satu lagi dugaan. Dah tiga dah hari ni. Huhuhu.. Harap2 sampai sini je laa dugaan n cubaan tu. It takes time gak la tunggu nott sampai. Almost 12am dia sampai. Bawak kawan dia Anie. Ntah pusing2 ke mana nott bawak aku n k awa. Jauh betul umah dia. Skejap nampak signbod bukit jalil, skejap nampak signbod puchong, skejap lagi nampak signbod kinrara. Pening dah aku. Tak kisahlah, janji sampai. Sampai rumah nott aku terus siap2 nak titon. Besok kul 5 pagi nak kena bangun dah.

Wednesday, December 19, 2007

Balik JB Dulu

It's the day! The day aku balik JB. Yippee!! Tak sabo sungguh aku nak sambut raya haji. Hehehe.. Dah dua kali aku sambut raya haji kat KK. Tahun ni dapat sambut kat JB memang sonot. Dapat jumpa family. Dapat jumpa relatives. Best la. Aku sampai JB tengahari. Mak aku yang jemput. Sampai kat rumah si Jebon dah sengih2 tunggu aku. Tau je la dia nak apa. "duit.. duit.." Mak datuk. Tak boleh nak tunggu aku letak barang. Aku buat bolayan je. Tapi masih gak dia nak menempel kat aku. Geram betul.

Saturday, December 1, 2007

Another Year Passing By

Hari ni genap 2 tahun aku kat UMS. Skejap je kan? Aku pon tak sedar cepat je masa berlalu. Rasanya baru je haritu kami celebrate first year kat sini. Pi jalan2 Pulau Manukan, makan2, hang out. Hari ni dah tambah lagi setahun. Kalau ikutkan plan aku dulu aku bercadang nak dok sini 3 tahun je. Kalau camtu ada lagi setahun je la. Tapi betul ke aku nak dok 3 tahun je kat sini? Ntah la ek. Kalau aku sambung wat phd for sure aku ada kat sini 10 tahun lagi. Tepuk dada tanya selera. Takde sape larang takde sape paksa. Semuanya atas kemahuan aku sendiri.
Hari ni aku bawak mek yati jalan2. Lupa plak nak citer mek yati ada present paper kat RCCST07 ni. Dia datang ngan hubby dia. Aku ni sepanjang RCCST07 tak dapat nak entertain dia betul2 coz tau2 je la banyak keje nak buat. So hari ni aku bawak dia meround. Biasala kan. Tempat2 yang aku selalu bawak geng2 lain bila datang cni. Pagi2 lepas jemput dia dari hyatt aku terus bawak dia ke UMS. Pusing2 jap. Amik2 gambar semua. Pastu pi bekfes kat ziemal. Aku tak tau dah nak bawak dia bekfes kat mana. Pegi je la kat tempat feveret lepak place aku. After breakfast aku mulakan destination ke kundasang. Seblom ke sana sempat lagi singgah ke jambatan tamparuli. Bergambo sakan la diorang. Aku dok tepi je. Tak lama kat sana kami pon continue the journey.
It's a good thing cuaca sangat2 la baik. Udara pon nyaman jek. Memang reda la segala2 serabut dalam kepala aku. Puncak gunung Kinabalu pon boleh nampak sepanjang jalan. Macam biasa singgah kat Kinabalu Park. Pi gate Tinpohon, starting point mendaki gunung. Then pi Kundasang. Aku beli sayur sket n terus ke Ranau. Makan tengahari n solat n terus ke Poring. For the second time aku pi naik canopy walk. Mak aih. Memang dah kurang stamina aku ni. Semput siot naik atas. Dulu rasanya ok je. Nak kata semakin berat tak pulak. Dah kurang dah pon. Hehehehe..
Around 6 jugakla kami sampai KK balik. Sempat lagi bawak ke pasar filipin. Almost 9 aku sampai rumah. Penat giler..