Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Friday, November 30, 2007

RCCST07

At last!! Phewww!! Habis gak RCCST07. Lepas setahun kepala sakit dengan benda alah ni akhirnya abis gak. Suka hati aku. Tak payah dah nak mengadap benda ni lagi for one year. Yey!! Hehehe..

RCCST07 ni berlangsung selama dua hari. Buat kat Shangri-La Tanjung Aru Resort (STAR). Hari pertama je dah saspen banget. Pintu sume bilik berkunci plak dah. Adehh. Dah jadik satu kerja cari management people mintak tolong bukak pintu. Setup PC blom lagi. Nasib baik masih awal. Aku pon dah start busy kat meja registration. Ye la kan. Aku je yang tau sape yang dah bayar sape yang belum. Penat betul nak keep track status participants ni.

Tak sempat aku nak dok lama2 kat meja tu aku dah disuruh wat keje lain. Berlarilaa aku ke bilik secretariat. Huh! Tension betul aku. Keje2 remeh yang mencabar jiwa betul. Sudahnye aku tak lepak kat registration counter. Lantak la. Pandai2 korang la register. Opening ceremony pon aku tak join. Sadis betul.

Dari secretariat room aku nampak satu benda kat hujung nun yang bley buat mata aku bersinar2. Hehehe.. Berbunga2 hati aku. Dah lama aku tak bermesra dengannye. Rindu plak. Harapan aku tinggi lepas kerja dah siap semua aku nak pi menggodek benda alah tu. Tapi blom sempat pape, orang lain dah landing kat situ. Wallah.. Terpaksalaa tunggu dulu. Dah tengahari lepas lunch baru aku ada peluang menggodek. Bestnye.. Teringat zaman2 dulu.


Ni ler benda alah yang ku godek..

Sesi petang aku jadik chairman bagi satu sesi. Semua participants orang mesia. So no problem la. Tapi hangin gak aku coz ada sesetengah participant tak datang present. Padahal aku nampak muka orang tu masa registration n masa tea break. Mentel tul. Ni nak datang present ke datang sesaja suka2. Sabo je la aku.

Sesi hari pertama abis kul 4 lebih. Aku macam palesit pecut balik rumah coz malam tu ada acara lagi. Dinner kat Magellan Sutera Harbour Resort plak. Dinner conference tapi bukan kami yang handle. Nasib baik ada sponsor yang handle. So tak banyak la keje kitorang nak wat. Datang makan je. Ramai gak umat yang datang sebab dinner ni gabung ngan dinner organization lelain. Tak kisahlaa kan. Janji dapat makan.


The next day, participants dah berkurangan. Tak ramai dah yang datang. mana2 yang dah present tu jangan harapler nak nampak batang hidung. Semuanya dah blah ntah ke mana. Yang tinggal ni pon bape kerat je. Masa lunch makanan banyak tak abis. Ramai gak yang tapau bawak balik. Aku pong jua. Hehehe.. Sesi habis awal plak. Dapat balik rumah awal. Best siot. Dah sampai rumah lega bukan main lagi. Bubbye RCCST. See you in two years time!

Monday, November 26, 2007

Dah Pindah Dah

This few days back aku sangat2laa packed. Start dari hari jumaat lagi aku dah mula packing n kemas2. Nak pindah rumah dah. Yey!! Suka gila aku. Tak payah nak bertarung dengan semut2 durjana tu lagi. Rumah sewa baru aku kat Bukit Sepangar. Bukit you.. Jangan memain. Tak jauh mana pun. Taman belakang Indah Permai je.

So kemas2 ni banyak harta karun aku jumpa bawah katil, blakang almari. Kehkeh.. Dahsyat. Mula2 maintain je mengemas tapi dah lama2 tu aku smakin saspen. Pesal laa banyak sangat barang aku ni. Bilik kecik je. Barang mak datuk punyela banyak. Baju je dah 5 beg. Biar betul aku ni. Rasa macam sikit je baju aku. Benda kecik2 yang remeh temeh aku main campak je dalam kotak. Malas nak layan satu2.

Hari sabtu sambung lagi. Memang tak siap2 la aku mengemas. By the time aku siap hari dah petang dah. Tu baru bilik aku. Belum main hall lagi, dapur, peti ais --> OH MY GOD!! Banyak benda expired dalam situ. Kahkah.. Malam tu gak aku godek peti ais. Yang lelain settlekan dapur.

Ahad proses mengangkat. Aku hire adik ipar k rafidah for moving purpose. Musti pakai lori. Barang aku punyela banyak macam orang dah kawin. Actually kat rumah ni semuanya barang aku. Dari tv, mesin basuh, peti ais, dapur, meja makan, kabinet dapur, bla bla bla.. Proses pindah je sampai 2 trip. Angkut punye angkut tengahari gak baru settle. Dah tu pi makan n panggil orang pi potong rumput. Takkan nak biar belakang dapur tu cam hutan. Sebelum serah kat tuan rumah baik kemas2 sket2 kan. Tak laa dia kena heart attack bila tengok rumput2 dah sama tinggi ngan dia. Hehehe..

Gitu gini dah 4 lebih. Babai rumah lama. Welcome rumah baru. Barang2 aku humban je kat tepi dalam bilik tu. Mentang2 dapat bilik besar. I Like!! Nanti2 la aku kemas. Penyakit 'M' datang dah....

Wednesday, November 21, 2007

Up One More Year

As i mentioned b4, today is my birthday. Nothing much is happening today except for siapkan keje2 yang bertimbun tu. Tengahari aku cabut skejap. Pi CP. Pi Astro Centre sebenarnye. Nak pindah rumah ni kena laa deal pasal cabut n pasang kuali asteruk tu. Dah settle tu aku pi singgah SR. Biasakla beli kek macam tahun lepas. Kali ni rambang mata aku. Tak tau nak pilih yang mana. Last2 amik Chocolate Indulgence. Pergh. Meleleh wa cakap lu. Aku beli sebijik. Mintak orang SR tu mark slices sekecik yang boleh. Hahaha.. Jimat sket camtu. Yang nak makan ramai. Dapat la 18 slices. Biasanya sebijik kek ni orang tu mark 12 slices. Ada extra 6. Boleh la kan. So the party buih?? Kat bilik aku laa. Mana lagi. Sama macam tahun lepas. Last year yang datang berbuih cuma pn ct, k rafidah, k za n lau je. Tahun ni meriah sket. K rafidah, pn ct, k za, liawas, lau, chung, hanafi, sariah, salwa, k sal.. So quite cramped la bilik aku yang kecik cenonet tu. Sedap gilos makan kek ramai2 ni. At the end of the party ada lagi baki yang tinggal. I took home and eat by myself. Yep. Tak share pon dengan housemates ku yang lain. Muahahaha..

Tuesday, November 20, 2007

Hari ke 20 dalam bulan November

Today is the 20th. Hari ni tersangatlaa bz giler. Keje RCCST berlonggok2 nak dibuat. Semakin dekat RCCSt ni semakin banyak plak keje yang datang. Yang remeh2 plak tu. Bendahari plak wat lawak bangsat bila ditanya pasal payment yang masuk. Sakitnya jiwa. Punyalaa susah nak deal dengan diorang ni. Bila pi sana masing2 tak tau mende. Orang yang incharge takde la. Tak tau la. Tak pasti la. Bukan sekali camtu. Banyak kali. Bila call plak main pass2 kat orang ni orang tu. Last2 mampus gak tepon tu. Angin.. Angin..

Itu ini buat keje dah kul 6. Hujan lebat la plak. Gelap gulita kat luar. Kalau tido memang sedap. On the way balik rumah Neny n Zyka mintak stop kat Giant jap. Nak beli barang. Disuruhnya aku tunggu sat. Aku pon lepak je dalam keta layan blues. Apalaa bebudak ni beli. Biasanya aku tinggalkan je diorang kat situ. Hari ni mentel plak suruh tunggu. Ye la aku tunggu..

Sampai kat rumah aku tak tunggu lama. Tak sempat wat pape aku terus landing atas katil. Penat punye pasal. Syok betul aku tido. Hujan2 camni. Perghh.. Tak lama tu ada orang ketuk pintu bilik. Sayup2 je. Macam mimpi. Macam betul2. Aku pon bukaklaa pintu ngan mamai2nya. Si neni dok tercegat kat situ. Dia bagitau ada orang datang. Nak jumpa aku. HAH?? Biar betul neni ni. Aku dengan baru bangun tido macam zombie camni ada orang nak jumpa. Dah le hujan lebat. Sape yang datang? Saspen betul aku. Aku suh neni tunggu jap sementara aku pakai cun2. Dia kata tak yah pakai tudung coz pompuan. Uiksss.. Ni lagi la. Selama ni dia tak penah pon nak suruh aku pakai ke bukak tudung. Ke aku salah dengar? mental aku tak stabil lagi lepas bangun tido. Hahaha..

Aku pun turun laa ke bawah. Tak sempat sampai lagi bebudak ni dah jerit SURPRISE!!!! Terus start nyanyi Happy Birthday. Huk aloh. Terkedu dan terduduk aku kat tangga tu. Cilakak.. Wat aku terkejut je. Punye la ingat ada orang datang. Bengang2 tu ada rasa terharu gak. Camne la diorang bley tau besdey aku. Walaupon besok besdey aku diorang dah bersemangat sambut hari ni. Aku pon dengan blur2 nye pi tiup lilin. Huduh gila muka. Nasib baik takde gambo2. Lepas potong kek berdesup aku lari naik atas pi mandi. Bertuah betul bebudak ni. Nyaris2 kena heart attack..

Thursday, November 15, 2007

Go Jebon, GO!!

Tengah dok mengemas bilik yang macam sarang tikus ni aku terima call dari bapak aku. Dia tanya aku dah call rumah blom. Aku pon saspen nape plak? Ada something happened ke? Bapak aku pon cakap ler si jebon tuntut RM500. Aku tetiba je culture shock. OH NO!!!! For real?? Matik aku. Tetiba teringat yang hari ni hari Khamis dan hari ni gak keputusan UPSR keluar. Dan si Jebon tu dapat 5A! Waduh.. Aku happy pun ye sedih pun ye. Happy coz minah tu boleh score biarpun punyelaa malas nak belajar. Dalam kelas dah le selalu dapat nombor puluh2. Memang aku tak bagi harapan tinggi sangat kat dia. Yang paling saspen terkejut gila tu cuma 6 orang je dalam kelas dia yang dapat 5A termasuk dia. Kira bagus la tu. Syukur Alhamdulillah. Bersungguh jugak dia rupanya bila jawab peksa tu. Mak aku pon tak sangka dia bley dapat penuh. Mesti senyum melebar si jebon tu. Dah le mulut lebar. Semakin lebar la.
Aku call rumah, mak aku kata dia pi tampal result tu kat tepi tv bagi orang tengok. Cheh.. Ngengada plak camtu. Tau la bangga. Over plak. Tapi dalam2 happy tu aku jadik sedey plak. Terpaksalaa aku mengbankrapkan diri aku. Huwaa.. Aku tak expect dia dapat full. Nyesal aku janji ngan dia nak bagi RM500 kalau dapat 5A. Kapok! Padan muka aku. Mak aku pon padankan muka aku. Ntah2 masa dia jawab exam tu dalam kepala dia lima ratus.. lima ratus.. Kat kertas soalan pon nampak duit lima ratus. Haru betul. Jebonnn.. Yati bayar pakai installment laa ye. Hehehe..

Friday, November 9, 2007

Addicted Sudah..

Sape tengok Snow Queen? Masa aku pi KL jenguk mek yus aritu aku beli citer ni n a few others like Man of the Vineyard and Couple or Trouble. Mula2 dulu lepas beli memang semangat nak tengok tiga2 ni. Tapi takde masa plak. Last2 aku layan Snow Queen kat tv gak. Citer ni sedih gak kan. Tapi takde laa aku nak nangis. Menitis air mata pon tak. Blom ada cerita yang mampu buat aku nangis melainkan citer Sorry, I Love You. Tu memang tahap bapak gaban punye sedih. Bukan stakat meleleh air mata. Sampai sebak sakit dada tengok citer ni. Dahsyat betul. Sape yang blom tengok aku rekemen sangat2 pi laa tengok.

Skarang ni 8tv memang banyak amik citer yang latest. Walaupon kat korea dah tayang setahun lepas tapi boleh dikatakan still baru lagik. Belum menyempat apa2 aku dah nampak iklan Man of the Vineyard kat tv. Waduh.. Apa kes? Dua cerita yang aku blom sempat tengok cdnya dah ditayang kat tv. Tak bley jadik ni. Tak kan nak tengok semua kat tv? Tapi memang takde masa sungguh la nak tengok. Bz memanjang jek. CD semua aku wat pekasam. Paling latest, tengok tv ada promo citer baru gantikan Snow Queen. Tak payah nak teka2. Aku tak bley nak kata apa bila tengok promo iklan tu citer Couple or Trouble. Adeh.. Kat ntv7 citer Hwangjinyi tu pon kira agak baru gak. Tapi tak minat la aku citer2 purba ni. Kalau ada pon citer Dae Jang Geum jek. Tu pon sebab ada Pegawai Min yang hensem gilos tu. Drooool...

Jadual tv aku memang pack ngan citer korea je. Belom lagi cerita kat cenel 303 asteruk tu. Yang tu lagi latest ceritanya. Pening dah kepala aku ni bila tengok pelakon yang sama berlakon. Sampai storyline pon bercampur aduk. Kalau dah minat tu tak bley wat apa dah. Layan je laa..

Tuesday, November 6, 2007

Reunion Kecik n Sesi Tenung Menenung

Pagi2 smalam baru je aku nak duduk kat kerusi kat opis, henpon aku dah menjerit2 bunyi. Sapo la yang call pagi2 cenggini. Tengok kat screen tulis Dr Ct. Waduh.. Kok dr ct call aku ni. Bila diangkat tak banyak yang dicakap. "I'm coming to KK today n I nak u bawak I shopping.." Wohohoho.. Dr ct is coming? Cam tak caya je. Aku ok kan je. Dah lama gak aku tak jumpa dia. Lepas abis master dulu tak penah jumpa terus. Walaupon aku selalu balik skudai n selalu gak menjengah UTM tu tapi tak berkesempatan nak jumpa dia. Ni harus bagitau Lau ni. Dia lagilaa lama tak jumpa.

Dr ct datang coz ada viva kat sini. Student dr jason. Dr ct jadik external examiner. Ok la tu. Vivanya esok pagi. Hari ni pon dalam petang gak baru dr ct sampai. Aku pi fetch dia kat airport n terus bawak dia pi pasar pilipin. Tempat2 biasa orang pompuan lepak. Tak lama sangat kat situ. Dr ct main kaut je apa dia nampak. Kat pasar ikan masin pon sama. Aku dok peratikan je la. Lepas dah abis shopping baru la aku bawak pi UMS. Jumpa ngan Lau. Sonot betul Lau. Tak silap aku supervisor dia dulu masa wat master. Kami tiga orang lepak kat bilik aku borak2 n doing some catching up. Then Lau blanja makan n lepas abis semua aku hantar dr ct pi hotel.

Pagi2 ni aku ada exam. Yeszaa.. Subjek SAD. Aku dah plan nak tenung budak yang wat dajal kat bod aku tu. Siap la ko hari ni. Dr ct pon dah pi viva dia. Dah janji nak jumpa dia lepas dia abis viva n aku abis exam. Jaga exam ni tak best mana pon. Boring sesangat. Tapi ada yang best gak. Dapat tengok bebudak ni garu kepala, buat muka tensen n so on. Tak dapek aku nak tenung budak yang sorang tu. Kepala tunduk je. Muka bermasalah betul. Tu la. Derhaka lagi. Padan muka. Soalan aku bagi punyelaa direct tapi ramai gak yang tak paham. Ada yang dah jawab siap tanya aku betul ke tak apa yang dia jawab tu. Apa kes? Boleh ke camtu? Ada yang mintak klu la. Waduhh.. Mentang2 laa aku ni tak bape strict dalam kelas korang nak buli aku ye. Bila aku kata NO!! Muka masing2 berubah. Baru diorang tau aku ni tak bley dikotak2an..

Dr ct abis viva awal n dia mintak drebar hantar dia pi airport terus. Aku yang gabra. Kotak ikan masin dia ada ngan aku. Nak tak nak aku kena pi airport gak hantar kotak dia. Bleh say babai skali. Jumpa dia kat airport pon skejap je coz aku parking kat tempat haram. Naya je kalau kena saman. Skejap betul laa dr ct datang. Tak sempat aku nak bawak jalan ke mana2. Takpe, next time la kan...