Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Thursday, October 25, 2007

Konvo Diraja

Hari ni ada majlis konvokesyen diraja. Penerimanye ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan. Fuhhh.. Aku kopi pes bulat2 dari website mana ntah. Takut salah tulis. Semua staf terlibat. Ikut je la. Pakai lagi aku jubah kaler ungu tu. Dalam aturcara program tulis kul 9 berkumpul kat foyer. Tapi seblom tu aku pi bekfes la 4 orang ngan k rafidah, k za n liawas. Pihak penganjur konvo tak bagi makan pagi2 ni. Kenala cari sendiri. Makan punye makan sampai terlajak dah ke 9.15. Cepat2 pegi ke dewan. Sampai je kat foyer tengok2 semua orang dah masuk. Muahaha.. Padan muka kami. Sape suruh lambat. Saspen pon ada, takut kerabat2 kelantan semua dah ada kat dalam. Nasib baik blom ada lagi. So kami menyelinap je masuk. Dewan dah le penuh orang. Dari pegawai kerajaan, organisasi2 tempatan, polis diraja ada, atm, tldm, masing2 macho ngan uniform masing2. Perghhh.. Meleleh air liur. Wakaka.. Bila dah duduk tu rupanya ada lagi yang lambat masuk. Haha.. Bukan kami je. Selamat!

Majlis hari ni sangat2 formal. Banyak betul protokolnya. Start dari perarakan masuk lagi. Ramai orang2 besar ada. CM Musa Aman ada, our menteri Tok Pa pun ada, TYT tak ketinggalan. Aku tak penah nengok kerabat kelantan dari dekat. Actually, kerabat mana2 pon dari dekat. Kerabat johor pon ngan Raja Zarith Sofea je. Tu pon disebabkan konvo. Kalau tak takde can langsung. So masa perarakan masuk tu aku dapatler tengok Sultan n Raja Perempuan Kelantan. Alahaiii.. Comei betul. Baju Raja Perempuan perghh.. Berkilau2an. Merelip uuu.. Terkagum aku skejap. Itu ini itu ini sampai la part Sultan kelantan bagi speech. Suara halusnya. Rasa cam nak tertido aku ni. Huhu.. AMPUN TUANKU!!!

Lepas abis majlis kami terus keluar pi makan. Konon2nye sempena kedatangan Sultan Kelantan ni ada buat Kelantan food fest. Dengan lagu2 dikir barat dipasang kuat2 kat perkarangan dewan nun. Wah.. Terasa macam kat kelantan plak aku ni. Bersemangat dan beria2 la aku nak makan laksam ke. Nasi kerabu ke. Tapi hampeh. Aku tak jumpa pon. Kelantan food fest apa camni. Diorang masak sikit sangat kot. Tak sempat aku nak menjamah.

Tengah syok2 makan tu ada announcement mintak staf akademik pi kumpul kat anjung siswa. Tok Pa nak bagi amanat. Malas aku. Tak dapat makan best2 terus boikot. Ramai2 berjemaah balik ke sekolah...

Wednesday, October 24, 2007

Coret2 Selepas Raya..

Alhamdulillah. Sampai dah aku kat KK nan indah ni. Smalam lepas landing terus amik cab pi umah pakcik aku. Amik keta la. Aku melandingkan keta aku yang terchenta tu kat umah pakcik aku sempena aku balik raya ni. Nak letak kat rumah sendiri tak bape konpiden. Takde orang sangat area tu. Takut jugaklaa kalau jadik pape kan. Sepatutnya hari ni aku keje. Tapi punyela penat ntah kenapa aku terus balik rumah n take a nap kejap. Tak payah naik bilik. Kat depan tv aku landing. Konon2 kejap je la titon ni. Pastu baru masuk opis. Tapi kirim salam je la. Takdenye aku masuk opis. Aku terus tido tak hengat dunia. Kul 4 baru bangun. Hahaha.. Siott jek. Take a nap apa camni. Dah alang2 tu malas dah aku nak masuk. Besok je la aku datang keje. Sonot betul aku memontengkan diri.

Hari ni masuk keje punye hangin satu badan. Ntah malaun mana pi conteng bod depan bilik aku. Yang aku sure sesurenye malaun tu pasti student aku. Tak puas hati ngan markah yang aku bagi. Ngengada taik kuda. Kalau markah sendiri dia tak puas hati takpo gak. Ni markah orang lain. Siap highlight terang2 n kata aku penipu n melampau. Huh!! Ini boleh mendatangkan marah. Ehh, bukan boleh je. INI MEMANG MENDATANGKAN MARAH!! Aku baru je puji kelas korang batch yang paling best aku penah ajar. Skarang korang wat hal plak. Memang nak kena. Mula2 aku bising gak. Tapi dah lama2 tu aku biarkan je. Dah tau orangnye sape so senyap2 je la. Tak ke bengap. Tulis tak cover2. Ingat aku tak boleh cari tulisan ko. Hahaha.. Tu la. Pandai sangat. Nanti ko time exam nanti. Aku tenung ko sampai tak cukup masa ko nak jawab exam...

Saturday, October 20, 2007

Reunion

Hari ni hari sabtu. Kengkonon reunion la kami hari ni kat kulai. Kehehkeh.. Ye yo o je. Aku plak berjaya mendapatkan tiket yang agak murah. So tak jadik balik arini. Balik isnin pagi. Hu la laaa.. Anyways, sempena reunion yang ntah pape ni kami wat bbq. Bbq toya je ni. Last minit punye preparation. Pagi tu baru beli ayam n pagi tu jugak laa baru nak perap. Bbq apa camni. Mana nak rasa best. Kebetulan one of my bapak punye sister n family datang overnite kat rumah aku. Dapat laa tolong mana2 yang patut. Tengah kecoh2 tu k sharin, azmi n baby iman datang beraya. Comeii banget baby k sharin. diorang saja datang beraya kan. Dah ada kesempatan camni boleh la jumpa. Last skali aku jumpa k sharin pon tahun lepas agaknye. Kat airport senai. Time tu aku nak balik KK dia plak nak balik kuching. Lama gak la tak jumpa. K sharin singgah pon tak lama. Nak beraya kat tempat lain lagi katanya. Aku pon sambung balik mengerjakan ayam2 tu. Family makcik aku yang dah bersiap dari tadi terus bawak ayam2 balik kampung. Aku n family jalan kendian..



Bila sekali skala kumpul camni syiok jugak. Syukur aku dapat keluarga yang poyo2 gila2. Adik badik bapak aku pon tak kurang loyarnye. Sama je ngan adik badik mak aku. Macam2 la yang diborakkan. Sekali skala bergegar rumah. Ketawa tak hengat punye la. Jarang dapat kumpul kan. Yang aku ingat dulu sorang sepupu aku ni baru blajar jalan. Dok tergolek2 jatuh. Skarang ni dah lari pecut 100m dah. Dah besar tinggi. Punyelaa lama tak jumpa. Dahsyat aku ni. Yang lain2 pon banyak dah berubah. Skejap je ek. Dalam ramai2 tu cuma adik bapak aku yang kat sabah nun je takde. Tu kalau balik lagi meriah. Tapi tahan je la slang sabahan diorang yang pekat. Susah gak yang lelain nak paham. Hehehe.. Bbq, bbq gak. Yang tak tahan tu banyak betul lalat kat sinun. Dengar cerita ada orang wat ladang ternakan ayam kat nun jauh ke dalam kampung nun. Macam mana tak banyak lalat. Sakit jiwa gak aku. Mengganggu ketenteraman orang betul. Ni nak kena panggil Karam Singh Walia camni.


BBQ Lalat.. Hiyerkk..

Dah lepas makan2 bapak aku wat doa selamat sket. Baca yasin ramai2. Ramai2 camni elok gak buat. Dah petang jugak la kami beredar. Tapi tak balik rumah terus. Pi beraya lagi dua tiga rumah. Dah alang2 kat area sini. Kalau nak datang semula tu ntah bila. Aku pon dah nak balik. Nak balik dah? Huhuhu........

Wednesday, October 17, 2007

Coret2 Raya

We meet again. Raya kali ni biasa2 je. Maybe sebab geng aku beraya dah kawen. Dah banyak tempat dia nak bagi2. Isk.. isk.. So aku geng ngan budak2 kecik n makcik2 aku je la. Malam raya masih kat rumah. Dok bertonyeh wat last stock punye kuih raya. Masing2 takde mood raya. Bila ditanya nak balik beraya ke mana semuanya diam je. Last2 bapak aku kata balik kota tinggi dulu. Semua pun macam "mana2 la..". Ntah nape rasa tak best. Kota tinggi kampung mak aku. Balik pon pagi raya. Alah. JB ngan kota tinggi ni sejam lebih je. Kampung bapak aku plak kat kulai jek. Stengah jam dari umah aku. Dekatnye.. Tak bape nak thrill kan? Takde perasaan sonot nak balik kampung. Tapi aku still bley rasa sket sebanyak coz aku ni dok jauh kan. Boleh la..

Kat kota tinggi semua adik badik mak aku ada berkumpul except for my mak usu. Mak usu aku balik Melaka. Dah lakinye owang melaka balik raya sana la. Adik badik mak aku 8 owang semuanya. Semuanya pompuan and gila2, buang tebiat and mereng. Tu yang seronok bila kumpul ramai2. Merepek meraban je la sepanjang raya ni. Ditambah lagi ngan laki masing2 yang sense of humor tahap dewa gaban yang ntah pape tu. Bergegar satu rumah. Nasib baik rumah bawah. Kalau rumah atas alamatnye runtuh rumah tu. Balik2 raya ni sempat lagi aku meniaga last minit. Barang2 biasa dari sabah ni la. Alhamdulillah dua hari aku kat sini dapat profit RM200. Sapo nak bagi weh.

Malam raya pertama tu sesi main mercun n bunga api. Tahun ni stok tak banyak la. Apa yang ada je la wat main. Yang kecik2 tu memang sonot main. Aku yang besar gabak ni dok dalam umah je. Malas nak layan. Tapi tak lama tu tergerak gak hati aku nak keluar coz dah macam perang dah. Dum dam sini sana. Kat area sini memang suka betul lawan main mercun. Tengok sape punye yang lagi kuat n lagi best. So baru siap2 nak keluar aku dah dengar bunyi bising2. Macam bunyi orang gaduh. Makcik2 aku dah saspen. Sape la yang bergaduh tu coz bunyinya serious sangat. Berlari aku pi tengok. Dah le gelap. Aku dengar suara je menjerit2. "KURANG AJAR! BABI! APA MAK BAPAK KAU TAK AJAR?? KALAU TAK MEH SINI AKU AJAR! MARI SINI!!" Bila dah dengar perkataan mak bapak tu aku jadik cuak. Serious ni. Sepupu2 aku yang kecik2 tu terus datang ke aku. "Kak yati.. abang udin ngamuk. Bessstttttt.. Padan muka orang tu.." LOH!! Si gemokk tu yang ngamuk ke? Astaga. Adik aku sendiri rupanya yang bermulut celupar tu. WAkakakakakahwkahawaa.. Tak penah2 aku tengok dia camtu. Seriously. Aku gelak gila2. Tapi curious gak. Nak tau nape dia ngamuk. Bila risik2 rupa2nya ada budak2 dajjal main mercun pastu sengaja dihalakan ke sepupu2 aku yang pompuan ni. Dah sorang tu terpercik kena ke muka. Nasib baik sket je. Calar je. Tu yang adik aku ngamuk tu. Dia kan guard jaga budak2 ni main bunga api. Suka melayan budak2 kecik. Bila ada yang tak kena tu mengamuk la dia. Terus terdiam semua. TERUS DIAAAMMM.. Dah takde bunyi mercun dah pastu. Senyap sesenyap senyapnya. Kahwahkhkahwaa.. Tau takut. Padan muka.. Makcik2 aku dapat tau pon bengang. Kalau nak main, mainlaa elok2. Ni nak perdajalkan orang. "DAH!! BESOK JANGAN BELI JAJAN RUMAH DIA!!" kata makcik aku sowang ni. Bertambah2 aku gelak. Boikot beb. Kebetulan budak2 tu cucu makcik yang jual jajan kat depan tu. Adehh.. Lawok. Lawok..

Lepas insiden yang aku rasa kelakar tu, kami segerombolan keluar pi serbu rumah mak long aku. Alah.. Satu felda je. Tak jauh mana pon. Sambil2 raya sambil2 melawat. Sepupu aku accident petang tadi on the way nak balik beraya ke Batu Pahat ngan wife dia. Eksiden sandwich. Tak silap dalam 8 keta yang disandwichkan tu. Keta sepupu aku plak tengah2. Memang compress habis la. Nasib baik dia n wife dia tak pape. Dah le wife dia sarat pregnant. Anak first lagi. Dah meraung2 bila dia rasa baby tak bergerak. Orang tengah panik kan. Semuanya blank tak rasa pape. Trust me. Aku penah rasa dah dulu. Bukan rasa pregnant. Rasa kena langgar ler...
Raya kedua tak banyak watpe. Dok melepek kat umah je. Budak2 pon tak datang beraya. Kalau zaman aku kecik2 dulu punyelaa meriah felda mak nyai aku ni. Aku panggil nenek aku mak nyai. Biasaklaa orang jawa beb. Sepupu sepapat aku pon dah tinggal bape kerat jek yang beraya. Semuanya segan dah nak jalan2. Ntah pape le bebudak ni. Aku dulu tingkatan 2 masih beraya lagik. Hehe.. Aku dulu2 kecik je. Orang tak tau aku skolah darjah bape. Teringat aku masa kat muo dulu. Pi outing n pakcik kat wetex tu tanya pekse UPSR bila. Huwaaaaa.. Aku dah nak amik SPM ler pakcik. Tapi bagus gak ekk. Young forever. Hehehe...

Tengahari tu mat2 bujang sume keboringan. Tak payah tunggu panjang semuanya plan nak merewang. Sharir jadik ketua. So 6 orang sumbat dalam satu keta n merewang ke pantai. Nasib baik enam-enam ni macam2 saiz. Kalau tak, tak muat satu keta. Umah nyai aku ngan pantai ada laa dalam 20km. Yang paling dekat Tanjung sedili. Kalau desaru tu jauh sangat dah. Terus sunyi rumah tu bila takde anak2 jantan. Tak bley jadik ni. So dalam sejam kendian kami semua yang kena tinggal ni siap2 nak pi gak. Semua skali pegi except mak nyai n bapak yayi aku tu. Tak kuasa diorang nak jalan2 tepi pantai. Dok umah je tunggu mak usu aku balik. Owhh.. Aida pon tak ikut. Tu memang. Lagi best tido. Kan aida kan...

Aku dah lama sebenarnye tak ke pantai ni. Walaupon selalu gak pi rumah mak nyai, aku jarang ke pantai. Last skali yang aku ingat masa aku tingkatan 5 kot. Punyela lama. So banyak dah berubah dah. Kami pegi ke sedili besar. Dulu2 mengikut cerita makcik2 aku n sepupu2 aku, kalau nak ke sedili besar kena naik bot. Skarang ni tak payah dah. Dah ada jambatan. Baru je siap kalau tak silap. Kami cross naik jambatan ke sana. Sedili besar ni aku tak penah pegi. Takde pape pun kat sana. Area kampung je. Tapi sonot gak beraya makan angin tepi jeti camni. Si bujang2 tu ntah merewang ke mana. Aku pasti sesangat diorang tak tau ke area sedili besar ni. Sharir pon tak penah pegi lagi nak bawak orang pegi. Kat tepi2 air ni banyak ikan belacak. Ngeri aku tengok. Banyak plak tu. Isy.. Tak dapat aku nak bayang bila ada owang makan ikan2 belacak ni. Geli.


Goreng pon sodap... Hiyerrrkkk..

Dok lepak2 adalaa dalam sejam. Time nak balik tu tertengok plak satu drama. Ni drama khas petang raya kedua ni. Pelakon utamanya satu kambing jantan n satu kambing betina. Punye la saspen aku tengok dua2 kambing ni. Kita namakan dia romeo ngan juliet laa ekk. Mula2 si romeo ni jalan naik ke titi. Jalan straight je pi ke jeti. Takde toleh2. Juliet plak dok tertinggal kat belakang. Takut kot nak jalan kat titi tu. Romeo pon jalan ke hujung skali. Sampai hujung. Pastu dok mengembek2 kat hujung jeti tu. Mak oi. Apa nak bunuh diri terjun masuk laut ke kambing ni. Biar betul. Sayu jek bunyinye. Juliet dari jauh pon ngembek2. Bunyinya macam "balikla.. balikla.. jangan terjun..". Kehkehke.. Buat skrip sendiri. Tapi macam tu laa situasinye. Romeo dok statik tak gerak2. Dok diam jek kat hujung tu. Makcik2 aku n sepupu yang lain dah saspen. Jangan terjun kambing oi!! Pastu Juliet ni dok ngembek2 lagi n gagahkan diri jalan naik ke jeti. Cam takut2 je. Romeo masih layan blues pikir2 nak bunuh diri ke tak. Tak lama tu Romeo pon patah balik. Jalan balik ke titi. Juliet masih ngembek2. Juliet pon patah balik turun titi. Romeo pon jalan slow melow kat titi tu n turun ke tanah. Bertemu semula Romeo n Juliet. Mereka pon beriringan balik ke rumah. MELEKEK2 KAMI GELAK!! Seriously, lawak betul.


Romeo si Kambing Jantan


Juliet teragak-agak nak jalan..

Sampai rumah mak usu aku pon dah ada. Aku excited gila dapat jumpa hani sepupu aku yang baru 3 bulan yang gebu ittew. Comei banget. Dah terkial2 nak meniarap dah hani. Cepat je dia. Sonot betul aku melayan dia.

Hari ketiga pagi2 dah kemas2 nak balik. Nak balik kulai plak. Kampung bapak aku. Kat kulai dah takde sape dah. Dua2 nenek n atuk aku dah meninggal dah. Yang ada cuma makcik aku je. Dia yang dok kat rumah arwah atuk n nenek aku. Kalau balik beraya balik ke sini je la. Adik badik bapak aku 7 orang. kali ni campur2 laa laki pompuan. Tak macam mak aku. Adik badik bapak aku raya bersepah2. Yang dua orang tu memang tiap2 tawon balik rumah mertua kat kedah. Yang sorang tu dah bermastatutin kat sabah nun memang tak balik raya la. Yang tinggal bape kerat je la. Dah raya ketiga camni semakin sunyi la. Tapi lauk raya masih ada. Masih rasa raya lagi. Hehe.. Dok borak2 tetiba makcik aku kata sabtu ni nak berkumpul ramai2. Kebetulan yang beraya kat kedah tu pon akan balik cni. Waduh.. Saspender dah aku. Tiket flight aku balik KK sabtu pagi. Cenggane ni. Tak bley jadik ni. Kalau ada tiket murah aku musti postpone balik. Bila lagi nak dapat kumpul ramai2 camni kan.

Wah penat lah. Nanti aku sambung lagi.

Tuesday, October 9, 2007

Coret2 Sebelum Raya..

Hallu.. Aku dah kat jb ni. Ahad malam aku sampai. Awal gak aku balik beraya kan. Mengalahkan student plak. Kehkeh.. Raya ada bape hari lagi tapi aku dah dok relaks2 kat rumah. Bestnye dapat balik camni. Lepak2 hirup angin johor. Perghh.. Nikmatnye tak terkata. Balik awal camni banyak bley wat. Yang pentingnya aku dapat pi PARAM! YEY! Cam jakun je kan. Tapi ni la yang aku tunggu2. Macam2 benda aku nak pulun. Susah nak jumpa kat sabah nanti. Tapi sambil2 tu terngiang2 suara Mariam kat telinga. "Kau jagak barat kau". Huh.. Gerun sey. Susah gak kalau ada orang yang monitor pemakanan aku ni. Aku ni berusaha nak kurus. Tu yang ada orang dok pantau aku. Cam lawak kan. Jangan plak korang gelak. Doa2kan laa aku berjaya. Hehehehe..

Siang tadi aku pi jumpa member seforum - kelisacute. Aku ni kan pemoyan tegar kat forum cari. Bila ada kesempatan camni pi la jumpa sekali dua. Lagipon bukannya apa, si kel ni kirim barang. Dari brooch ke gelang ke butang baju melayu. Macam2 ada. Dah alang2 aku balik ni aku pass by hand je la. Seblom ni aku sakan mengepos jek. Mula2 rasa saspen gak sebab aku tak tau camne rupanya si kel ni. Tapi belasah je la. Janji nak jumpa kat Angsana. Mak aku n jebon nak ikut la plak. Last minit shopping la tu. Biarle. Aku tunggu kel kat kedai bunga. Sambil2 tu mak aku pon dok syok membelek. Ntah apa laa yang best sangat ngan bunga2 ni. Lama plak tu. Kalau tak beli haru jek. Tak lama tu kel pon call and kami pon berjumpa. Kelu lidah aku time tu. Wakakhakwkahakaw.. Tak tercakap apa. Ni jumpa pompuan. Kalau jumpa laki ntah camne aku. Pengsan terus agaknye. Dah biasa merepek raban ngan kel kat porum bila bertentang mata camni terus lost. Gone with the wind. Masing2 cakap pon tak banyak. Aku pass barang kat dia and dia bagi aku kuih raya. Ala2 sistem barter gitu. Tak sampai dua minit pun sesi perjumpaan aku ngan kel. Dia terpaksa blah awal sebab nak masuk keje balik. Aku yang tak keje ni merewang je la.

Balik rumah sempat lagi aku berYM. Nampak kel online. Masing2 gelak tak hengat bila teringatkan hal tadi. Memang lawak la. Betul kan. Perangai giler2 kat tenet belum tentu lagi boleh dibawak2 ke luar. Agaknye aku ni sesuai jadik cyber friend je kot. Ntah laa ekk..
.
Petang2 sket aku pi PARAM. Rambang mata siott. Tapi...... Mariam, ko punyak suara........!!!!! Isk.. isk..

Friday, October 5, 2007

Jiwa Celaru

Hari ni aku terlibat ngan FYP presentation. Semuanya anak buah aku yang present. Terpaksa beb. Aku ni dah nak balik raya. Tak sempat nak wat next week. Anak2 buah aku ni ada yang ok ada yang tak bape nak ok. Yang ok tu aku tumpang sonok supervise. Yang tak bape nak ok tu sampai sakit kepala aku nak handle. Tapi hari ni aku diam sediam2nya. Biar panel ngan examiner yang tentukan nasib diorang.

Macam yang aku expect. Hari pertama camni semuanya bersemangat nak menghentam. Nasib korang la labu. Banyak betul yang tak kenanya. Banyak betul yang dikomennya. Aku dengar pon terasa macam nak sakit jiwa. Tensen2 gak tapi hentam2 camni la best. Kalau tak bukan viva namanya. Tak meriah plak nanti kan. Kalau ada yang sampai nangis2 tu lagi best. Hahahaha..

Petang tu aku ada sesi buka puasa ngan most of the students of HC00 n HC05. Buat kat Anjung Senja ke hapa nama dia. Depan Plaza Wawasan nun. Sempena meraikan abis viva - untuk student aku ler. Kehkeh.. Ye yo oooo je.

Tinggal bape hari je lagi aku nak balik. Tak sabaunye. Rindu kat PARAM taman u. PARAMMMM......... I'm coming!!

Thursday, October 4, 2007

Farewell

Hari ni last day class. Suka ada sedey pon ada. Dari banyak2 batch yang aku ajar batch ni yang paling best. Hopefully aku jumpa diorang lagi next year..