Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Saturday, September 1, 2007

Konvo Lagi..

Hari ni Konvo UMS yang ke-9. Tahun ni kali kedua aku join konvo. So meaning dah dua tahun gak aku kat sini ye. Cepat betul masa berlalu. Dan seperti konvo tahun lepas, tahun ni aku angin kuskus aku datang balik. Penyakit gila bergambar aku datang balik. Hehe.. Mengalahkan budak yang konvo. Memang tak senonoh.
Tahun ni macam meriah sket coz ramai staf SKTM yang datang. Macam tahun lepas sket je. Tak best sangat. Nak moyan pon tak best. Macam biasa seblom masuk dewan ada bekfes dulu. Sempat la gak jumpa ngan orang2 labuan. Kak Rahida, Kak Leen n si Zul. Masa beratur nak masuk dean tu la aku mulakan keje aku. Sume orang aku tarik bergambor. Pedulik orang lain kata apa. Dah memang aku ni sengal camni. Nak wat cenggane lagi.

Macam tahun lepas jugak bila berarak masuk dewan aku start gabra. Takut turun2 tangga tu aku tergolek ke apa ke. Dah le diorang ni jalan laju kemain. Takde protokol langsung. Aku ni takut, takut gak tapi kontrol macho tetap ada. Lalu plak kat depan ex-students aku. Menyengih je diorang. Yo la. Dah grad kan. Menyongeh la. Turun tangga aku gabra, naik tangga ke pentas pon aku gabra. Dok atas pentas beb. Jadik bahan tontonan owang2 kat bawah nun. Ahh.. Belasah je.
Majlis dalam dewan tu tak la lama mana. Skejap je. Bosan pon ada. Tak macam function time aku konvo dulu. Ada gamelan. Ada live band. Ni live band pon macam cipan. Lagu ntah pape yang dia main. Yang paling aku angin bila skolah lain terima ijazah lagu cam lagu orang mati. Bila skolah seni je yang terima ijazah lagu bukan main sedap lagi. Mentang2 la yang main tu bebudak seni. Menyampessss..

Lepas kuar dewan terus pi mamam. Jamuan dari Le Meredien lagik. Wallahhhh.. Takpo la. Tak bley pisah dah. Tapi dessert dia memang sedap. Pergh.. Siap mintak tambah lagi. Hehehe.. Gitu gini pukul 1 lebih gak abis. Hujan pon turun mencurah2. Tersangat2 la lebat. Aku ni dah le tak bawak keta. Parking kat SKTM jek. Jalan kaki ke dewan. Camno nak balik. Nasib baik ada colleague sorang bawok keta. Pon parking jauh gak. Lintang pukang kami 3 orang lari. Memang kuyup la. Kalau la ku tau, jubah konvo tadi tu aku wat baju hujan. Hehehehe...

Balik rumah aku terus lepak. Baru je nak terlelap dapat call dari Ms Kim. Ohh.. Aku lupa nak bagitau aku ni dibagi notis 3 bulan pindah rumah. By end of Nov aku kena keluar n cari rumah lain. Memang gabra time dengar tu. Kebetulan si Roger anak landlord aku tu ada kawan nak sewakan rumah. Bryan n Kim punya rumah. So Kim ni call aku kata meh la tengok rumah. Aku terus melompat siap2 n ajak Nadia housemate aku tu pi tengok rumah.

First time tengok rumah terus jatuh chenta. Tak payah nak pikir panjang. Aku terus accept. Rumah 2 stengah tingkat. Pergghh.. Macam orang kaya je nak dok situ. Tapi harga sewa reasonable. Ada 4 bilik titon. Besar pon besar. Jauh beribu2 lemon besar dari rumah aku yang skarang ni. Memang berkenan terus la. Dah mula dah aku berangan nak hias macam2. Bestnya. Nanti dah pindah bley la aku citer panjang....

Merdeka??

Smalam genap 50 tahun negara kita merdeka. Merdeka, merdeka jugak. Aku ni dah merdeka ke belom? Kalau diselam ke dasar hati aku ni, rasanya belum merdeka lagi. Isy.. Ntahla. Aku pon tak tau. Buat malu je kalau orang tanya. Terasa macam tak layak plak jadi warganegara mesia. Adeh..

Well, merdeka smalam aku tak buat apa2 pun. Nak pi keluar malas. Panas terik youuu.. Ni la. Warga mesia yang patriotik konon. Tak raikan merdeka langsung. Eleh.. Macam aku sorang je. Aku gerenti ramai lagi yang kat luar tu wat donno je. Dan aku pasti bila matahari dah tegak atas kepala baru ada yang bangun tido. Cuti umum la katakan. Time gini je boleh bangun lambat. Ye tak?

Malam aku ada jemputan makan2. Majlis untuk student yang terima anugerah dekan. Especially yang nak konvo besok ni. Buat kat mana? Le Meredien. Memanglaa. UMS ngan Le Meredien memang tak boleh dipisahkan. Situ je la. Tempat lain takde. Majlis ni tertutup. Tertutup ke? Lebih kurang la. Sebab several people je yang datang. Takdenye nak panggil satu skolah datang. Yang pasti ikan2 jaws ada la datang. Ikan bilis macam aku ni kebetulan dapat join sebab baru dilantik jadik penyelaras program PLUMS. Huhuhu.. Sukak aku. Dapat makan free camni. Sapo nak bagi.

Yang buat aku bapak saspen, cuma dua owang pompuan je yang datang. Aku ngan Dr Pat. Staf akademik la. Dr Pat ikan jaws. Dok kat meja lain. Aku ni ikan bilis dok kat meja lain. Perghhh terawang2 bila diapit sembilan ikan bilis jantan yang lain. Kehkehkeh.. A flower among 9 thorns. Fullemeekkk.. Tak kisahlaa diorang ni semua laki orang dan bapak orang aku dilayan begitu mesra dan manja. Wargahgagwaghagaakaka.. Gila aku ni. Tapi bestla. Bila lagi nak dapat peluang camni kan. Kihkihkih..

Selain wat majlis untuk bebudak yang terer ni, malam tu gak buat majlis perpisahan ngan dekan. Dekan aku dah abis dah tempoh perkhidmatan dia. Bukan stakat turun takhta, dia nak pi pindah UMP plak. Huhuhu.. Dah tak jumpa dah dekan nanti. Bukannya apa. Aku dah kenal dia lamo dah. Sejak aku umur sembilan tawon lagik. Bape tawon tu? Lebih kurang 15 tahun la. Lama tuu.. Dia dah macam bapak aku dah. Kebetulan gak antara kawan2 baik bapak aku. Memang kenal gila la.

Lepas abis majlis aku terus balik umah. Gilo apo nak join ikan bilis jantan pi merewang. Balik tu tak payah tunggu lama la, terus aku tido. Hari ni aku pikir balik. La.. Tu je ke sambutan merdeka aku??