Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Saturday, July 28, 2007

Wandering About..

Pagi2 ni lepas settlekan hal PLUMS ni aku pi meronggeng. Aku pi mengurut sebenarnya. Kat Beauty Center lagi. Haha.. Kengkonon memanja2kan diri. Sakit gila babeng la kena tekan sini sana. Meraung aku. Tapi dalam hati je la. Nak jerit kuat2 malu. Hehe.. Tahan je la. Dah lama2 tu oklaa pulookkk. Rasa best plak. Rasa ringan je. Rasa melayang2 je. Hahaha.. Terperasan plak bleh melayang2 ni.

After that aku meronggeng ke satu tempat yang dah lama aku tak pegi. Mana lagi kalau tak ke Filipino Market tu. Ada orang kirim barang. So aku pon pegi la membelinye. Tengok2 takde stok plak. Kena la pi kedai Jamilah. Kat sini banyak choice tapi mahal gilos banding ngan kat pasor tu. Whatever. Dah orang kirim belikan je la.

So sementara tunggu benda alah gelang lip lap lip lap tu siap, aku jalan2 ke CP. Ramainya umat jangan cakap la. Pi beli paper. Baca gosip terkini. I like.. Hehe.. Pastu singgah YoYo. Beli sesatu dua. Aku ni dah macam ketagih minum YoYo ni. Ni semua gara2 Nadia la ni. Sabau je la aku.

Lepas pusing2 tanpa arah tujuan kat CP aku pi Warisan Square plak. Banyak rupanya kedai dah bukak. Pastu dari jauh dah bunyi bingit. Jalan punya jalan nampaklaa satu stage kat tengah2 tu. Background dia tulis Digi Celebriteen Sabah Final. Perghhh.. Ada rehearsal rupa2nya. Tetiba aku ternampak sorang yang aku familiar. Soheh! Memang budak tu. Budak kecik kemetot yang menang contest ni last year. Kecik lagi budaknye. Ntah darjah 3 ke 4 gitu. Tapi suara dia mak datuk. Sangatla besar n power. Aku kenal sebab kebetulan masa dia nyanyi kat CP tahun lepas aku tertengok dia. Kak Hawa.. Ingat lagi tak budak ni? Yang melalak2 lagu CTpoo tu. Kemain lagi budak ni. "Everybody Let's Sing!!" "Thank you all for coming.." Mak oii.. Tak padan kecik. Pastu teringat lagi cerita Kak Fai yang ada sorang budak ni melalak2 nyanyi lagu PUDAR time Convo Session. Kalau kat pesta konvo ke hapa ok lagi. Ni time break sekejap dalam dewan tu. Bleh terlonjak2 nyanyi depan graduan, depan mak bapak n even worse depan pro-pro chancellors, depan2 lecturers. Giloss.. Mencemar protokol betul. Ntah sape punye idea. Dari description yang Kak Fai bagi aku rasa aku tau budak tu la yang melalak kat CP ari tu. So tahun ni nampak dia lagi. Muka tak user friendly langsung. Ingat nama dia dah gah laa tu. Eleh.. Aku tak tau pon nama ko. Eh aku tak jeles cuma aku ni kan dalam akademik business. Rasa cam pantang sket bila nampak budak2 tak abis skolah lagi, tak sambung stadi semata2 nak jadik artis, nak cari glamer. Memang pantang. Anti, geram semua ada. Chitpoodah..

Lepas amik gelang lip lap kat Jamilah aku pon balik ke opis. Buat keje itu ini sedar2 dah dekat pukul 6. Rasa boring aku pon mula menconteng kat sini...

Sunday, July 22, 2007

Things to Sacrifice..

Wah penatnye seminggu ni. Aku datang keje setiap hari. Termasuk sabtu n ahad. Rajinnya aku. Hahaha.. Bukannya datang suka2 tapi datang atas kesedaran sivik yang ada dalam diri aku ni. Minggu ni dah start klass part time. Yang sememangnya dibuat time weekend jek. Kelas aku pon tak terkecuali. Hari ahad lagik. Jam 12 sampai 3 petang. Huhu.. Tak dapek nak tengok melodi. Hehehe.. So hari sabtu aku memerapkan diri dalam opis aku. Mana la tau kan ada masalah regarding part time classes ni bleh la aku come to the rescue. Dan memang ada pon. Kelam kabut gwe. Jadual tak sepadan. Adeh.. Sakit gak nak menyettlekan benda alah ni. Tapi ok gak akhirnya.

Hari ahad plak pepagi buta aku dah sampai opis. Sedih betul kena sacrifice masa tido ni. Aku ni kalau weekend jangan cakap la. Musti nak bangun lambat. Tapi dah tak bley dah. Sabau je la kan. My class went smooth at first. Tapi bila tengah2 tu dah macam stock market plak. Banyak betul soklan student2 ni tanya. Terkebil2 gak aku dengar soklan2 bombastic diorang. Karang aku kelentong payah plak. Diorang ni bukan calang2 orang. Mostly bekerja dalam bidang IT ni. Mati la aku kalau aku temberang. Tapi tak dinafikan. Ada gak part yang aku sesuka je rekacipta semata2 nak memuaskan hati diorang. Hahaha.. Teruknya aku!! First class arini aku tak buat lama. Dalam sejam stengah jek. Tu pon rasa nak pengsan. Kalau 3 jam rasanya bertubi2 aku kena tembak ngan soklan2 yang merapu. Err.. Takut plak rasanya nak buat kelas minggu depan. Huhu....

Thursday, July 19, 2007

Seminar lagi..

Semalam aku ada seminar. Pasal penggunaan LMS kat UMS ni. Malunya aku sebab tak penah guna pon benda alah ni. So dalam seminar tu aku tersipu2 je la.

Memula aku rasa saspen n gabra gak la coz nama aku naik kena pegi seminar ni. Dah le sengsorang. Mesti bosan giler. Tengah dok pikir2 tu si Min call dari Labuan. Dia kata dia nak datang lepak tempat aku coz dia ada seminar kat sini. Selidik punya selidik rupa2nya seminar yang sama. Selamat satu perkara. Ada geng. Tak la bosan nanti..

Seminar tu quite OK la. Cuma aku banyak terkebil2 jek sebab ye la tak tau menatang hapa LMS tu. So dengar je la. Bila abis seminar ada minum2 petang. Part yang paling dinanti2kan. Hahaha.. Makanan banyak. Participant ramai dah balik. Apa lagi. Tapau le bawak balik..

Malam tu aku beronggeng ngan Min kat KK. Pi makan2 kat SR. Lama dah tak lepak2 camni. Sambil2 lepak tu sambil2 ngumpat. Best betul. Bila laa bleh buat camni lagik ye....

Monday, July 16, 2007

Fight-Ooohh... OH!!

As what I've expected. Memang bebudak minor ni sengal macam aku jugak. Tak payah nak citer panjang. Otometik aku bley ngam ngan diorang. Hopefully diorang pon bley laa ngam dengan aku gak. First class macam nak runtuh jadiknya. Second class bertambah2 lagi. Nasib baik stakat sengal2 camtu jek. Klu perangai cam bebudak citer Gokusen tu mampos aku. Err.. Aku baru je nak pulun tengok citer Gokusen ni. Punyala ketinggalan zaman. Tapi takpe akan kuhabiskan jugak. And bebudak minor yang sengal ni akan kuhandle biar berjaya dunia dan akhirat. Fight-Ooohhh... OH!!

Wednesday, July 11, 2007

Dunia Baru..

Well guys, masuk bulan baru ni segalanya baru. Dah mula start sem baru. Dapat student baru. Mengajar subjek baru. Tanggungjawab pun baru jugak. 30 June n 1 July, 1st year student datang register. Masing2 muka hehehe.. Tau2 je la kan. Korang yang pernah mengalami tahun pertama as an undergrad student musti tau rasanya camne. Teringat aku dulu2. Walaupon register kat U yang tak sampai 10 minit dari rumah aku, family aku setia mengikut. Macamlaa diorang tak penah masuk U tu. Mungkin sebab excitedla kan. The first in the family to masuk U. Among my siblings laa. Sorang tolong angkat beg. Angkat baldi segala. Wahahaha.. Macam dari jauh je. Padahal kalau tertinggal something bleh je lari kejap balik rumah pegi amik barang tu. Syiok jugak kan boleh lari2 camtu. Rasa bosan je boleh balik rumah. Itulaa kelebihan dok dekat kot. Kat sini, hari ni tak sama dengan keadaan aku dulu. Kebanyakan student ni dari semenanjung. Datang pun sendirian berhad. Takde sape yang meneman. Kalau ada pun boleh dikira dengan jari. Bas2 U amik diorang di airport. Aku berselisih dengan rombongan bas ni masa aku ke KK. Sempat aku tengok muka2 bebudak ni disebalik tingkap bas. Memang sayu je. Apa agaknya dalam pikiran diorang ek? Agak2 sama tak dengan pikiran aku masa aku mula2 jejak kaki kat sabah ni? Entahla. RASAKAN!! Muahahaha..
Tu baru registration full time student. Ada lagi untuk part time pulak. First year part time students. Nak tak nak aku kena melibatkan diri. Semester baru ni aku memandai jadik penyelaras baru bagi course software engineering ni. Wahaha.. So the very poyo. Aku officially ganti K Za bila dia abis kontrak hujung bulan 7 ni. In the mean time aku start2 belajar dah cara nak jadik penyelaras ni. Ikut je ke mana K Za pegi yang melibatkan part time student ni. Banyak jugak la nak kena tau. Try buat sikit2. Kalau sejelepuk mau aku yang terjelepuk kat situ gak! Jaga part time student tak susah katanya. Tak sesusah full time student. Tapi aku rasa seriau jugak. These part time students bukan lagi tahap adik2 aku. Tapi tahap kakak/abang/mak/bapak/pakcik/makcik aku dah. Hu la la.. Sedap aku kena goreng ngan diorang nanti. Whatever pon aku akan coba jadik penyelaras yang berdedikasi kepada agama, bangsa dan negara. Wakakaka..
Semester ni aku ajar subjek recycle - System Analysis & Design. Selamat.... Takde la terkial2 nak create silibus baru bla bla bla. Ajar pon budak minor course Fizik Electronics. So oklaa. Aku suka ajar bebudak minor. Masuk sem ni dah 4 sem aku ajar bebudak minor with various of subjects. Tak tau la kenapa aku suka. Bebudak minor ni bagi aku aktif lah dalam kelas. Kalau aku buat jokes ada yang paham n ikut gelak. Rajin bertanya. Serba serbi bagus. Kalau aku mengajar student course sendiri? Huuuuuuuuhhhh... Aku yang rasa nak tido. Masing2 senyap je. Bila tanya paham? Tak menjawab. Tak paham? Tak menjawab gak. Huhu.. Apa laa masalah bebudak Computer science ni. Kena tukar strategi mengajar camni. Tapi tu next time la. Aku takde plak mengajar bebudak course aku sem ni.
Hari sabtu baru ni aku terlibat ngan registration current part time students. Hari tu student baru. Ni student lama plak. Dapatlaa aku berkenal2an dengan student yang bakal masuk kelas aku. Ada yang sangat menyeramkan. Belum apa2 dah banyak tanya. Banyak songeh. Wahahaha.. Mampos Aku!! Ye la kan. They're paying a lot to study. Memang patutlaa diorang dapatkan yang terbaik. Tapi to show that kind of attitude before apa2 is to much la. Come on la. We're grown ups. Tak payah la nak tunjuk who's the boss around here. Aku selama mengajar ni belum tunjuk attitude aku lagi. Nanti kalau aku dah tunjuk silap2 aku yang kena buang keje. Don't ever try to make my blood go upstairs. Karang ada yang nahas nanti..
Bosannya nak mengadap hari2 mendatang. Besok aku dah start kelas. HUWARRGGHH..