Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

Ongoing. Masih menulis..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Friday, June 29, 2007

Rombongan Cik Kiah..

Dua tiga hari ni terasa sakit jugak. Tetiba banyak keje yang datang mencurah2. Aku pon tak cukup tangan nak handle. Aku diminta untuk melayan satu rombongan dari UKM. Katanya lawatan sambil belajar. Hehe.. Macam budak2 skolah pulak. Ada 26 orang yang datang. Most of them are technicians. Lecturer ada berapa kerat je. Diorang ni datang melawat Sabah. Dah alang2 kat sini baik jugak diorang singgah ke UMS yang tersergam indah ni. Hehehe.. So aku kena lah buat briefing sket about our school, pastu bawak diorang pusing2 school tengok lab n kalau sempat bawak pegi pusing2 UMS. Slide briefing dah ada cuma nak kena update sket je. Bak kata ketua program aku la. Tapi bila aku bukak, humang aihh slide tahun gajah punya. Memang lama tak update. Berkejar2an aku mencari Rafie our PP mintak info. Orang tua tu plak meeting je. Tension jugaklah jadinya.

Hari yang ditunggu pon tiba. Tepat jam 9 pagi hari Khamis 28 Jun 2007 rombongan yang dimaksudkan pon datang. Aku sorang je yang terhegeh2 pegi menyambut. Jangan harap la nak berkompang berbunga manggar semua. Kebetulan hari tu umat2 engineering ada bengkel OBE. Jadi sunyi sepi la tempat aku ni. Umat2 IT pon tak ramai. Ada yang cuti, ada yang pi kursus. So ala2 poyo je la aku melayan diorang ni. Lepas briefing n bekfes aku bawak touring lab. Nasib baik si Aziz our PSM ikut skali. Kalau tak mati la aku nak explain setiap satu lab kat rombongan ni. Excited betul para2 technicians ni datang lab kami. Banyak facilities yang ada. Tempat mereka pun tak dapat nak celen. Dari apa yang diorang bagitau, diorang tak banyak space sebenarnya. Lab pon kurang. Kalau nak compare ngan sini memang jauh la. Bangga jugak aku for a moment. Hehehe..

Lepas habis round lab aku pon ikut diorang pusing UMS. Banyak2 tempat dalam UMS ni area marine yang paling mabeles. Aku pasti diorang musti kagum ngan area tu. Dah le tepi pantai, lereng bukit. Mesti suka punya. As i expected, once sampai kat marine macam2 bunyi yang aku dengar.. WAAAHHH.. FULLAAMAAAKK.. CANTIKNYAAA.. Hehe.. Aku tersengih sorang2. Mula2 aku jejak ke marine dulu pon aku terasa kagum. Bukan stakat nampak laut. Bandar KK pon nampak dari sini. Apatah lagi time sunset. Pergghhh.. Memang cun. Singgah skejap kat Aquarium. Oleh sebab aku tak penah masuk jadi aku pon join jugak masuk. Tempatnya lebih kurang Aquaria KLCC tapi kecik. Oklaa. Then singgah bergambar kat twin tower. After 3 hours in UMS, rombongan pon mintak diri. Terus ke Kinabalu Park katanya. Aku plak, back to school. Sambung apa2 keje yang patut.

At 2pm aku rushing pi meeting. Kena present sket on 4-year programme. Mana la dan nak buat semua tu. Nak printing, printer buat hal. Kena fotostat lagik. Rasa nak nangis je time tu. Pukul 2.45 baru masuk meeting room. Tak senonoh betul. Orang lain dah habis present. Tinggal aku je. Apa lagi. Present pon ala kadar je. Nasib baik tak formal sangat. Around 5.15 kami abis. Penatnya hari ni bukan main. Balik rumah terus titon......

Thursday, June 28, 2007

My New Baby..

Setelah sekian lama menanti dapat jugak aku bawak baby aku balik ke rumah. Seronok betul dapat ahli keluarga baru. Dapat jugak mengubat kesedihan aku beberapa bulan ni. Tak sanggup nak ingat balik pemergian baby ku yang dulu. Disebabkan aku terlampau excited aku selalu bawak baby aku jalan2. Sekarang setiap hari bawak pi opis. Takdenya aku nak tinggalkan kat rumah. Pegi kedai aku bawak. Pegi KK aku bawak. Pegi bank aku bawak. Hatta keluar bersama kawan2 sekali pon akan ku bawak baby ku ini. Orang lain menjeling je. Tak kurang yang senyum. Yang nampak terkejut pon ada bila nampak baby aku ni. Tapi.. biarlah apa orang cakap. Yang penting baby aku ada bersama2 aku.. heheheheheheheheee.........

* My new baby - My new Myvi SE.... kihkihkih..

Tuesday, June 12, 2007

Huwarghhh..

Disebabkan aku cuti panjang, weekend baru ni aku baru dapat marking exam PPLK. Waduh. Senang betul aku marking. Banyak betul aku sumbangkan telur. kalau dikumpul2 bleh buat majlis kahwin camni. ARGHHH!! Nape laa jadik camni. Banyak betul masalah bila mengajar student PPLK ni. Masing2 nak tak nak je belajar. Jawab peksa apa lagi. Bila disuruh buat assignment semuanya sama je. Hahaha.. Aku tau sape yang buat n sape yang tukang kopi pes. Aku nak marah pun tak bley. Semuanya jauh lebih tua dari aku. Tak dapek la den nak nolongnye. Disebabkan aku tau trick diorang ni aku pon amik balik soklan2 assignment n midterm jadik kan final. Kahkahakha.. Kejamnya aku. Hasilnya dah ku agak. Dari 35 orang tu cuma dua tiga orang je yang boleh jawab. Hehehe.. Yang tak dapat buat tu siap buat nota cinta kat hujung kertas. "Miss, Kenapa susah sangat?" "Miss, tolongla luluskan saya.." ARGGHH!! Persetankan!! Tak mo aku layan. Aku ni dah cukup baik hati. Siap bagi tips lagik. Sebijik sebijot lagi. Kalau betul stadi ikut apa yang aku cakap free2 bleh dapat markah penuh. Tapi......... Ntahlaa.

Sem baru dah nak start. Banting "Welkam New Students" dah naik. Kembali meriah la tempat aku ni setelah tiga bulan sunyi sepi. Aku ni satu haprak bahan pengajaran ntah pape tu tak prepare lagi. Nasib baik keje2 sekretariat RCCST07 yang bertimbun2 hari tu dah kureng sket. Semua papers dah dihantar review. Tunggu reviewer respon je skarang ni. So dapatla relaks2 sket. Bulan 7 nanti mula la aku sibuk balik ngan keje2 ni. Aku ni sebok menguruskan paper orang. Aku sendiri takde nak buat paper pun. Malasnya bukan main. Topik pon takde. Lagi suruh mengarang. Sori dori strawberry laa. Adehh.. Apa nak jadi ngan aku ni. COME ON YATT!! JIA YOU!!

Monday, June 11, 2007

Anna Nalick - Breathe (2 AM)

2 AM and she calls me 'cause I'm still awake,
"Can you help me unravel my latest mistake?,
I don't love him. Winter just wasn't my season
"Yeah we walk through the doors, so accusing their eyes
Like they have any right at all to criticize,
Hypocrites. You're all here for the very same reason

'Cause you can't jump the track, we're like cars on a cable
And life's like an hourglass, glued to the table
No one can find the rewind button, girl.
So cradle your head in your hands
And breathe... just breathe,
Oh breathe, just breathe

May he turn 21 on the base at Fort Bliss
"Just a day" he said down to the flask in his fist,
"Ain't been sober, since maybe October of last year.
"Here in town you can tell he's been down for a while,
But, my God, it's so beautiful when the boy smiles,
Wanna hold him. Maybe I'll just sing about it.

Cause you can't jump the track, we're like cars on a cable,
And life's like an hourglass, glued to the table.
No one can find the rewind button, boys,
So cradle your head in your hands,
And breathe... just breathe,
Oh breathe, just breathe

There's a light at each end of this tunnel,
You shout 'cause you're just as far in as you'll ever be out
And these mistakes you've made, you'll just make them again
If you only try turning around.

2 AM and I'm still awake, writing a song
If I get it all down on paper, it's no longer inside of me,
Threatening the life it belongs to
And I feel like I'm naked in front of the crowd
Cause these words are my diary, screaming out loud
And I know that you'll use them, however you want to

But you can't jump the track, we're like cars on a cable,
And life's like an hourglass, glued to the table
No one can find the rewind button now
Sing it if you understand.
and breathe, just breathe
woah breathe, just breathe,
Oh breathe, just breathe,
Oh breathe, just breathe.

Monday, June 4, 2007

"Kau beranakkan aku?"

Untuk beberapa hari ni aku stay kat rumah je. Malam2 tengok wayang. Err.. Bukan wayang kat cinema tapi wayang kat rumah je. Bapakku supply LCD projector dia. Aku supply laptop. Sharir supply dia punya speaker yang berkotak2 tu. Mak aku plak supply CD. Movie hari ni - Shrek III. Wakakaka.. Belum kuar wayang lagi dah ada CD. Cepat betul cina2 cetak rompak tu dapat stok. Sebenarnya bapak ku itu tak supply apa2. Kitorang yang pandai2 sendiri. Ketuanya aku ler. Wayang start 8.30. Bapak aku masih kat surau. Belum balik lagi. Lepas Isyak nanti baru la balik. Tak senonoh betul la kami2 ni. Bapak pi beribadat anak2 buat dajal kat rumah. Tak pasal2 mak aku pon termasuk skali dalam korum kami yang sengal ni. Hahaha.. Kitorang tak berenti2 gelak nengok Shrek ni. Masing gelak cam kuntilanak sakit. Dah le cerita tu satu hal lawak giler ditambah2 lagi dengan subtitle yang macam cipan. Mana tak kitorang gelak secara berjemaah. "Are u kidding me?" jadik "Kau beranakkan aku?" "Far far away" jadik "kerajaan jauh sangat" Muahahaha.. Mak aku pon lebih tutup muka tahan gelak dari tengok citer tu. Nasib baik tengok kat rumah boleh guling2 atas lantai. Kalau kat cinema ntah camne la. Overall memang best Shrek III ni. Kalau nak compare ngan semua season dari first sampai yang ketiga ni aku tak bleh nak cakap mana yang best. Sebab bagi aku semuanya best n setiap season tu ada lawak bangsatnya yang tersendiri. Yang takde dalam season lain2nya. Bapak aku balik dari surau ngan penuh curiosity. Pehal la gelap semacam je rumah aku ni. Pastu masuk2 nampak masing2 tengah gelak guling2. Dia geleng je la. Lepas abis Shrek nak tengok Pirates of the Carribean III - At The World's End plak. Humang aih. Meroyan tak hengat. Tapi tak jadik tengok coz aku blom tengok yang Dead Man's Chest tu. So kensel. Tengok yang DMC dulu. Karang satu haprak pon tak paham. Adik aku yang lain bleh refresh balik.

Saturday morning aku, mak, ika kembong ngan din gemokk pi meroyan kat Terbrau City. Destinasi wajib aku setiap kali balik JB. Banyak betul aku menabung kat sana. Beli henpon baru. Belikan DVD player untuk mak aku. Dari hari tu lagi dia bagi hint suruh aku beli. Bukannya dia tak boleh beli sendiri tapi dia nak aku yang beli. Iyelaaa mak. Hehehe.. Bila sekali sekala balik macam ni aku jadik ATM machine. Memang bankrap. Adik2 aku semua hulur tangan je. On the way balik aku nampak KFC drive thru kat Jalan Skudai tu. Wah.. One of a kind kat JB ni. Tak pernah aku nampak. 24 hours plak tu. Maju dah negeriku ini. nanti Nusajaya dah bangun n WPI dah naik aku rasa bertambah sebok la JB ni. Oh no.. Malam tu layan wayang lagi. Layan pirate. Awal2 starting citer tu aku dah gelak giler babeng. "Pirates of the Carribean III - At World's End" di translate jadik "CETAK ROMPAK CARRIBEAN III - PENGHUJUNG DUNIA". Wakakakakak.. PIRATES --> CETAK ROMPAK?? Ni mesti kes Pirated CD --> CD Cetak Rompak. Kahakahahakha.. Woiiii... LANUN la!! Hawau betul.

The day came at last. Biasala time2 camni rasa malas betul nak balik keje. Ahad petang 3 Jun 2007 aku balik ke KK. Huhu.......